awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
OIC, negara Islam kecam pelanggaran gencatan senjata oleh Israel di Gaza
MAIPs salur sumbangan RM150,000 bantu mangsa banjir di Aceh
Anwar harap Zoo Johor terus diperkasakan sebagai pusat rekreasi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

New Zealand Berkabung: Filem pendek ini meruntun jiwa ...

Siti Hajar Jamaludin
Siti Hajar Jamaludin
22/03/2019
05:37 MYT
New Zealand Berkabung: Filem pendek ini meruntun jiwa ...
Rakyat NZ sedih dan berduka dengan kejadian serangan tembakan rambang apabila menziarahi tempat kejadian.
NYATA warga dunia amat terkesan dengan tragedi solat Jumaat di Christchurch, New Zealand, yang lebih meratapi tragedi ini ialah warga tempatan yang hidup dalam keadaan harmoni sebelum ini.
Dalam memperingati mereka yang terkorban ekoran tembakan rambang seorang pengganas di Masjid Al-Noor, Dean's Ave dan Masjid Linwood di Christchurch, terbit sebuah filem ringkas berjudul, "Faces of the Flowers" -- hasil terbitan Frank Film.
Filem pendek itu memperlihatkan wajah-wajah rakyat NZ yang sedih serta berduka dengan insiden berdarah berkenaan.
Filem tersebut memperlihatkan ekspresi wajah mereka yang hadir di tempat kejadian untuk memberikan penghormatan kepada mangsa nahas.
Lautan jambangan bunga dan kata-kata semangat diletakkan di kawasan masjid, hasil sumbangan masyarakat setempat merupakan lambang solidariti, penghormatan serta sokongan buat mangsa serangan serta ahli keluarga mereka.
BACA: Komuniti NZ berakhlak tinggi, hasil sistem yang dibina - warga Malaysia BACA: "Minggu lepas New Zealand berduka, hari ini kita bersatu" - netizen
Seluruh dunia turut bersedih atas tindakan ekstremisme yang menimpa warga Islam yang ketika itu sedang bersiap-sedia untuk tunduk bertafakur kepada Penciptanya ketika tragedi berdarah itu berlaku.
Sumber YouTube (Frank Film)
Kejadian ini telah melakar sejarah hitam buat New Zealand dan Jacinda Arden menyatakan Jumaat menjadi hari apabila New Zealand bertafakur (moment of silence) selama dua minit pada 1.32 petang (waktu New Zealand) sebelum solat Jumaat bermula.
Gerard Smyth merupakan pemilik Frank Film yang bertempat di Christchurch telah memenangi beberapa anugerah pengarah terbaik di New Zealand Television Awards menerusi dokumentari When A City Falls pada tahun 2012.
Dalam serangan itu, 50 orang terkorban, salah seorang merupakan warga Malaysia berusia 17 tahun, Muhammad Haziq Mohd Tarmizi. Ayah Muhammad Haziq turut mengalami kecederaan akibat terkena peluru dan terpaksa menjalani dua pembedahan ketika menerima rawatan di Hospital Christchurch.
BACA: Wanita NZ berhijab hari ini, sokongan kepada mangsa serangan Christchurch BACA: Komuniti NZ berakhlak tinggi, hasil sistem yang dibina - warga Malaysia
Topic Berkaitan
#Jacinda Ardern
#Mohd Tarmizi
#Muhammad Haziq Mohd Tarmizi
#New Zealand berkabung
#New Zealand Television Awards
#Perdana Menteri New Zealand
#Pray for Christchurch
#serangan solat Jumaat Christchurch
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan