PEMERGIAN pelawak Pak Yus atau nama sebenarnya Yussry Bin Edoo pastinya dirasai para peminat dan kalangan artis yang sama-sama berjuang dalam dunia komedi tanah air.
Siapa sangka, pelawak berbakat kelahiran negeri Perlis ini pergi meninggalkan kita tanpa sebarang tanda-tanda masalah kesihatan yang serius.
Namun Allah SWT lebih menyanyangi insan yang cukup disenangi oleh umum ini untuk pergi menemui illahi walaupun dalam usia yang masih muda.
Lebih terkesan dengan pemergian Allahyarham Pak Yus semestinya rakan karib yang juga salah seorang ahli kumpulan Jambu iaitu Tauke.
Kehilangan Pak Yus sudah pasti memberi kesan yang amat mendalam buat Tauke yang merupakan antara duo lawak paling ideal kegemaran ramai.
Malah ada di antara kalangan selebriti tanah air turut meluahkan rasa sedih dan terkejut dengan berita pemergian Pak Yus.
Antaranya penyanyi Mawi yang turut mengingatkan kita tentang kematian dan mengakui akan selalu merindui Allahyarham Pak Yus.
“Roh tetap akan tetap meneruskan perjalanan. Esok lusa kita pula akan menyusul . Itu Pasti! Akan selalu rindu kau Pak Yus,” jelas Mawi seperti dipetik menerusi status akaun Facebook miliknya.
BACA: Belasungkawa: 10 perkara tentang Yus Jambu
Selain itu, pengacara dan pelawak Jihan Musa menyifatkan Pak Yus seorang yang berhati mulia dan disenangi ramai.
“Dia seorang yang berhati mulia dan baik. Rasanya sukar untuk orang membenci Pak Yus kerana ramai yang senang dengan keletahnya yang sangat bersahaja,” luah Jihan Musa.
Lebih mendalam apabila apabila pengarah dan pelawak, Afdlin Shauki turut memberi kata-kata terakhir buat Pak Yus yang juga merupakan salah seorang peserta program Super Spontan All Stars baru-baru ini.
“Innalillah wainna illaihi rojiuun. Al-fatihah. Rehat sahabat... Rehat. Semoga Allah meletakkan roh mu bersama roh-roh org beriman. Al-fatihah,” tulis Afdlin Shauki di laman Facebook miliknya.
Selepas ini tiada lagi ayat-ayat lawak random Pak Yus lagi yang bakal kita saksikan seperti “Boleh Tuju Lagu?”, “Muka Legend, Hati Cute”, “Apa Pun Tak Boleh”, “Siti Nur Enjoy” dan banyak lagi.
Terima kasih Pak Yus. Peminat komedi tanah air pastinya akan merindui lawak-lawak anda yang semestinya sukar dicari.
Semoga kau tenang di sana. Hanya doa yang akan sentiasa mengiringimu.
Al-Fatihah.
Gempak
Mon Nov 30 2015
Yus disifatkan sebagai seorang yang berhati mulia oleh sahabat handai.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Jenazah Yus Jambu selamat dikebumikan
Jenazah pelawak Yus Jambu atau nama sebenarnya Yussry Bin Edoo selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nesam pukul 2.30 petang tadi.
Pak Yus, kami akan sentiasa merinduimu
Peminat komedi tanah air pastinya akan merindui lawak Pak Yus yang semestinya sukar dicari.
Belasungkawa: 10 perkara tentang Yus Jambu
Bakat Yussry Edo mula mendapat perhatian apabila menyertai pertandingan Raja Lawak musim pertama pada tahun 2007, seterusnya dinobatkan sebagai juara.
Pemergian Yus Jambu, rakan artis kongsi kesedihan
Peminat dan rakan artis membanjiri laman sosial untuk mengucapkan takziah atas pemergian Yus yang disifatkan sebagai artis serba boleh itu.
MLM 2014: Tauke, Yus, Zizan bergabung jadi 'Virus'
MLM 2014 bakal menyaksikan gabungan mantap Yus, Tauke dan Zizan membentuk satu pasukan dengan nama Virus.
Yus Jambu bakal kahwin hujung tahun ini
Pelawak terkenal yang merupakan salah seorang ahli kumpulan Jambu, Yus atau lebih mesra dengan panggilan Pak Yus bakal berkahwin dengan seorang model sambilan pada hujung tahun ini.
Siapa juara "Maharaja Lawak Mega 2013"?
Jawapannya hanya diketahui malam ini selepas pentas akhir malam 2013 berakhir di Stadium Melawati Shah Alam.
Tiada penyingkiran ikut format yang disediakan
Shiro, Bocey, Jambu, Nabil dan Sepahtu akan bersaing merebut gelaran juara dalam gelanggang akhir di Shah Alam, minggu depan.
Persiapan menjelang kemuncak Maharaja Lawak Mega
Astro sediakan layar besar di luar dewan sebagai persiapan menerima kebanjiran peminat di kemuncak Maharaja Lawak Mega 2012.