Tutup

Peminat sebak lihat Marsha jaga ibu mentua solat depan pintu Kaabah

Peminat sebak lihat Marsha jaga ibu mentua solat depan pintu Kaabah
Marsha Milan Londoh melindungi ibu mentuanya ketika melakukan solat di hadapan Kaabah. -Foto Instagram
PEMINAT tersentuh melihat usaha penyanyi dan pelakon, Marsha Milan Londoh melindungi ibu mentuanya ketika melakukan solat di hadapan Kaabah.

Menerusi satu video pendek yang dimuat naik di akaun Instagramnya itu jelas merakamkan aksi Marsha sedang mendepakan tangan menghalang jemaah lain daripada melanggar ibu mentuanya.



Video tersebut mendapat perhatian peminat lebih-lebih apabila melihat Marsha sendiri dilanggar oleh beberapa jemaah yang ingin melalui kawasan tersebut.
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat menyatakan rasa sebak melihat aksi Marsha yang melindungi ibu mentuanya dengan bersungguh-sungguh.

 
Dalam pada itu, menerusi posting yang sama Marsha juga menyatakan rasa syukur kerana berpeluang mencium batu Hajarul Aswad.

“Perasan tak stocking Marsha sebelah lain sebelah lain. Agak- agak sebab apa?

“Sebab Marsha baru keluar dari kucup Hajarul Aswad sampai tercabut stocking lagi sebelah.

 “Tapi Alhamdulillah diberi peluang kucup Hajarul Aswad dan solat di Hijir Ismail. Syukur Ya Allah,” tulisnya.




Ini merupakan kali kedua Marsha menunaikan ibadah Umrah bersama suami.

Marsha dan Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail diijabkabulkan pada 31 Disember 2015.

Foto: Instagram @marshamilan 
 


Tag: Marsha Milan Londoh, kaabah, ibu mentua, jemaah, Hajarul Aswad



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.