Bekas peserta realiti program nyanyian Akademi Fantasia, Hafiz Suip selamat mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihannya, Nureffy Jasreel Abdullah, 22, semalam di Kuching, Sarawak.

Penyanyi yang popular menerusi lagu Awan Nano ini melangsungkan pertunangannya di Hotel Pullman selepas waktu solat Isyak.

Pada majlis pertunangan tersebut, Hafiz menyerahkan 6 dulang hantaran yang kemudiannya dibalas 11 dulang oleh pihak perempuan.

Dalam pada itu, kedua-dua keluarga bersetuju untuk mengikat tali pertunangan selama setahun namun tidak menetapkan tarikh untuk majlis perkahwinan mereka kelak.

Hafiz Suip
Kedua-dua keluarga bersetuju untuk mengikat tali pertunangan selama setahun namun tidak menetapkan tarikh untuk majlis perkahwinan mereka kelak. - Foto Project Two-Pi

Pada 21 Disember tahun lalu, Hafiz telah menghantar rombongan merisik ke rumah pihak rumah wanita di Kuching, Sarawak.

Menarik di majlis pertunangan yang diadakan semalam, Hafiz memilih tarikh ulangtahun harijadinya yang ke-25. Antara rakan yang turut sama hadir di majlis pertunangan Hafiz ialah Hazama juga Aril.

Astro Gempak mengucapkan jutaan ucapan tahniah buat Hafiz dna semoga hubungan mereka berkekalan hingga ke akhir hayat! - Astro Gempak