Akhirnya poster rasmi filem yang paling dinanti-nantikan tahun ini, Interchange didedahkan kepada umum pukul 6 petang tadi.
Filem arahan pengarah terbaik FFM25 Dain Said itu dibintangi oleh pelakon ternama Malaysia dan Indonesia, Shaheizy Sam, Nicholas Saputra, Iedil Putra, Prisia Nasution dan Nadiya Nisaa’.
Berbaki 20 hari sahaja lagi, filem hebat itu dijangka menemui peminat filem di pawagam pada 1 Disember depan.
Memaparkan wajah dua pelakon popular dua negara Shaheizy Sam dan Nicholas Saputra yang dibelah sebatang tongkat sebagai imej utama memberikan gambaran kepada penonton asas utama penceritaan filem ini yang ditulis oleh June Tan, Nandita Solomon, Redza Minhat dan pengarahnya sendiri.
Penonjolan imej dua watak yang saling bertentangan latar budaya moden dan tradisi itu bakal membawa membawa penonton mendekati pertentangan yang bakal berlaku dalam budaya tersebut.
Wajah dua pelakon suami isteri Iedil Putra dan Prisia Nasution turut ditampilkan bersilang gambaran tentangan dua budaya berbeza itu.
Dengan tagline “You Are Not Prepared For This Journey,” pastinya penonton bakal dibawa meneroka dan membongkar dunia misteri yang menyelubungi empat watak tersebut.
Sudahkah anda menyiapkan diri untuk pengembaraan ini?
Mengisahkan seorang detektif, Man, lakonan Shaheizy Sam bersama seorang jurufoto kes jenayah Adam (Iedil Putra) yang terlibat dalam satu kes pembunuhan bersiri di sebuah bandar yang dipenuhi dengan rahsia.
Kes kematian yang berlaku lima bulan lalu amat mengerikan sehingga mencetuskan igauan kepada Adam. Sejak dari peristiwa itu, Adam mula bersendirian di rumahnya dan menghindari dunia nyata dengan meluangkan masanya merakamkan foto dari balkoni apartmen.
Dari lensa kameranya, Adam mengintip Iva (Prisia Nasution), seorang wanita misteri yang berasal dari Borneo yang baru sahaja berpindah ke apartmen bertentangan dengannya.
Tatkala Adam dibawa masuk ke dalam dunia puak asli Iva, Man berjaya mengorek rahsia kes pembunuhan yang berlaku dan akhirnya berhadapan dengan pelbagai kejadian mistik, ngeri dan kepercayaan-kepercayaan dahulukala yang mula menghantui kehidupan mereka.
BACA: Mengembara buat Nicholas Saputra kenali Belian
GALERI FOTO: Di sebalik tabir pembikinan filem "Interchange"
Filem yang diterbitkan oleh Apparat dan dibiayai oleh Sonneratia Capital, Malaysia Digital Economy Corporation (MDec) dan Seeing Eye Films dengan kerjasama Filem Nasional (FINAS) ini telah menyertai beberapa sirkit festival filem di serata dunia antaranya Locarno International Film Festival, Toronto International Film Festival, Étrange Paris Film Festival dan Vladivostok International Film Festival.
Interchange turut ditayangkan di BFI London International Film Festival dan Sitges International Fantastic Film Festival.
Filem itu juga bakal menjadi filem pembuka tirai di Singapore International Film Festival pada 23 November depan.
Muzaffar Mustapa
Thu Nov 10 2016
Interchange, sudahkah anda menyiapkan diri untuk pengembaraan ini? - Foto oleh produksi filem Interchange
[TERKINI] Kerajaan tegas tak benarkan mana-mana syarikat berdaftar di Israel berada di Malaysia – PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, dua syarikat yang dikatakan menyediakan senjata kepada Rejim Zionis itu – Lockheed System dan BAE Systems – tidak berdaftar di negara Israel seperti mana syarikat perkapalan ZIM.
NVIDIA dijangka lancar kad grafik GeForce RTX 5090 sahaja tahun ini
NVIDIA sedang memfokuskan pengeluaran kad grafik mereka untuk tujuan pembelajaran mesin dan kecerdasan terlebih dahulu dengan cip grafik NVIDIA Blackwell B200 mereka.
'BNM dijangka kekalkan kadar OPR'
Standard Chartered Global Research menjangka Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) tidak berubah pada tiga peratus.
AWANI Ringkas: Kerajaan tidak benarkan syarikat Israel berada di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penyalahgunaan bahan psikoaktif baharu jadi cabaran global - Ayob Khan
Penyalahgunaan bahan psikoaktif baharu (NPS) yang semakin mudah diperoleh melalui internet, turut menimbulkan kebimbangan berikutan kesan serius terhadap pembangunan sosial dan ekonomi.
Hamil semasa musim haji... apa perancangan seterusnya? Ini saranan Tabung Haji
Risiko keguguran amat tinggi kerana di Tanah Suci, jemaah haji banyak berjalan dan berlaku pergerakan yang agresif.
Didakwa kembali rujuk dengan bekas suami, ini respons Puteri Sarah
Lebih menjengkelkan apabila segelintir pihak menggunakan berita palsu semata-mata untuk kepentingan diri.
Insiden letupan: Sungai Golok 'dikawal' kereta perisai, dron
Rondaan kereta perisai dan penggunaan dron menjadi usaha terkini Briged Tenggara bagi memastikan kawalan sempadan Malaysia-Thailand di sepanjang Sungai Golok di sini berada pada tahap terbaik.
Apple dilapor bakal ganti iPhone 17 Plus dengan iPhone 17 Slim
Laporan sebelum ini menyatakan iPhone 17 akan menggunakan skrin
SPRM tidak berhasrat tahan Tun M
SPRM tidak berhasrat untuk menahan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu pengisytiharan harta.
'Dukun' dinobat Filem Terbaik di Anugerah Skrin
Filem arahan Dain Said yang memapar kisah dukun wanita yang terpalit dengan kes pembunuhan berprofil tinggi diangkat sebagai naskhah terbaik.
Interchange diiktiraf di peringkat Asia Pasifik
Filem arahan Dain Said yang pernah menjelajah pelbagai festival filem antarabangsa seluruh dunia sebelum ini terus meraih perhatian dunia.
Bunohan, ada semangat di sebalik kelir
Artikel tersebut yang bertajuk 'Bunohan, Ada Semangat Di Sebalik Kelir' telah menerima 487 perkongsian di laman sosial dan 42 ulang tweet (RT).
Kemenangan awal bukan penanda Bunohan filem terbaik
Kemenangan "Bunohan" meraih tiga anugerah pada malam pembukaan bukan penanda filem arahan Dain Said itu bakal menang anugerah utama filem terbaik.
Bunohan tewas ke senarai akhir Oscar
Filem arahan Dain Said, Bunohan tidak berjaya disenaraikan dalam senarai teratas untuk kategori Filem Bahasa Asing Terbaik di Anugerah Akademi ke-85.