RANTAU PANJANG: Rondaan kereta perisai dan penggunaan dron menjadi usaha terkini Briged Tenggara bagi memastikan kawalan sempadan Malaysia-Thailand di sepanjang Sungai Golok di sini berada pada tahap terbaik.
Timbalan Komandernya, Asisten Komisioner Hakemal Hawari berkata, rondaan menggunakan kereta perisai jenis Commando V150 itu susulan insiden letupan yang berlaku di Selatan Thailand pada 29 April lalu.
"Rondaan tersebut masih berterusan sehingga hari ini bermula dari Pos Ular di Pengkalan Kubor (Tumpat) sehingga ke Pos Ibrahim Pencen, Rantau Panjang.
"Ini merupakan usaha mengembalikan keyakinan orang awam terhadap tahap keselamatan di sempadan," katanya kepada pemberita pada Selasa.
Menurut beliau, selain itu ia dapat memberi gambaran kesiapsiagaan Briged Tenggara melalui Pasukan Gerakan Am berdepan sebarang ancaman.
Ujarnya, pada masa sama unit dron turut digerakkan untuk membuat pemantauan dan mengesan sebarang pergerakan berkait ativiti rentas sempadan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue May 07 2024

Rondaan kereta perisai dan dron usaha terkini Briged Tenggara bagi memastikan kawalan sempadan Malaysia-Thailand di sepanjang Sungai Golok berada pada tahap terbaik. - Gambar/ Sinar Harian

Siti Saleha kini bergelar isteri kepada Joshua Fitton
Majlis akad nikah secara tertutup kedua mempelai diadakan di sebuah resort mewah di Janda Baik.

TFC akui laluan ke tiga kelompok terbaik Liga Super kian sukar
TFC mengakui peluang untuk berada dalam kelompok tiga teratas Liga Super semakin sukar setelah tewas tipis 1-2 di tangan KL City FC.
Anwar adakan pertemuan dengan Menteri Luar Cuba
Anwar menyatakan kedua-dua pemimpin itu berbicara dan bertukar pandangan mengenai sinergi kerjasama dalam industri halal, kesihatan, pelaburan dan perdagangan, ASEAN, BRICS serta situasi di Gaza.
Wanita warga emas cedera dilanggar lari motosikal ditunggang dua remaja
Wanita warga emas cedera di beberapa bahagian badan selepas dilanggar motosikal ketika berjalan di hadapan Masjid Zahir, di Alor Setar baru-baru ini.
LRA Bukit Temoh kini beroperasi dengan kapasiti 75 peratus - Lembaga Air Perak
Lembaga Air Perak (LAP) dalam kenyataan di laman Facebook memaklumkan ekoran peningkatan aliran air mentah ke loji itu, situasi bekalan air di kawasan mengalami gangguan akan terus menunjukkan pemulihan positif dan masih dipantau dari semasa ke semasa.

Lima sekeluarga rentung: 'Kita semua pinjaman' - Wan Azizah titip kata semangat buat Muhammad Khairuddin
Wan Azizah turut memberikan kata-kata semangat dan meminta Muhammad Khairuddin supaya tabah dan redha dalam menghadapi ujian Allah S.W.T.
AWANI Ringkas: Penyumbang KDNK 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Op Valentine: Wanita berstatus janda antara ditangkap berkhalwat bersama teman lelaki
Empat pasangan yang bukan suami isteri telah ditahan atas kesalahan berkhalwat kesemua mereka berumur lingkungan 20-an.
#AWANIRingkas 15 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 15 Februari 2025
1️⃣ Faktor pertumbuhan pelaburan 12 peratus
2️⃣ Tiada beg plastik di Pulau Pinang 1 Mac
3️⃣ Dua lagi ditahan
#awaniringkas
1️⃣ Faktor pertumbuhan pelaburan 12 peratus
2️⃣ Tiada beg plastik di Pulau Pinang 1 Mac
3️⃣ Dua lagi ditahan
#awaniringkas

Pelakon Tilda Swinton kecam kezaliman, sindir pelan Trump ambil alih Gaza
Swinton berucap selepas menerima anugerah Golden Bear bagi pencapaian sepanjang hayat di festival tersebut.

Keputusan kes dadah penyanyi wanita terkenal Kelantan dan lima yang lain diketahui 6 Mac
Mahkamah Wilayah Narathiwat akan membuat keputusan kes dadah membabitkan penyanyi terkenal Kelantan bersama suami dan empat rakannya pada 6 Mac depan.

Dua suspek tembak polis Thailand mungkin tidak berada di Malaysia - KPN
Polis berkata dua suspek yang dipercayai menembak mati seorang pegawai kanan polis Thailand dan anaknya, berkemungkinan tidak berada di negara ini.

Penyanyi wanita terkenal Kelantan dan lima yang lain mengaku bersalah ambil dadah di Thailand
Keenam-enam rakyat Malaysia termasuk seorang penyanyi terkenal dari Kelantan yang dihadapkan ke Mahkamah Wilayah Narathiwat , Thailand hari ini mengaku bersalah mengambil dadah.

Polis kenal pasti dalang utama dadah di Sungai Golok
Suspek lelaki berumur 24 tahun dari Kelantan dipercayai memainkan peranan utama dalam sindiket dan mempunyai hubungan rapat dengan seorang wanita warga Laos.

Kegiatan jenayah rentas sempadan Malaysia-Thailand terkawal - Polis
Polis telah menahan tujuh individu kerana merentas secara haram dan mereka dijatuhkan hukuman mengikut Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/1963.

Lagi rakyat Malaysia ditahan di Sungai Golok, dipercayai pengedar dadah
Polis Thailand menahan seorang lelaki rakyat Malaysia kerana disyaki mengedar pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM120,000 dalam serbuan di sebuah premis di pekan Sungai Golok.

63 mangsa banjir di Kelantan, Johor masih berada di dua PPS
Seramai 36 mangsa banjir di Pasir Mas masih berada di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tok Deh, Rantau Panjang, kekal seperti semalam.

TDM tahan dua warga India cuba seberang Sungai Golok
Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) menahan dua warga India yang cuba menyeberangi Sungai Golok menuju ke Thailand, pada Ahad lepas.

Tiga ditangkap guna pangkalan haram seberang Sungai Golok
Tindakan tiga lelaki tersebut telah melanggar arahan keluar masuk Malaysia-Thailand menggunakan pangkalan haram.

Empat individu termasuk dua rakyat Malaysia ditahan seberang Sungai Golok secara haram
Tiga lelaki dan seorang wanita ditahan selepas disyaki menyeberang sempadan Malaysia-Thailand menggunakan pangkalan haram di Sungai Golok, semalam.