Tutup

'Rasa malu sebab...' - Fasha Sandha dan Aidil Aziz tolak tajaan perkahwinan RM200,000

'Rasa malu sebab...' - Fasha Sandha dan Aidil Aziz tolak tajaan perkahwinan RM200,000
Ia perkahwinan pertama buat Aidil dan kedua untuk pelakon jelita itu. - Foto Instagram
PELAKON Fasha Sandha akui dia dan suami Aidil Aziz terpaksa menolak tawaran tajaan bernilai RM200,000.
 
Fasha berkata, tawaran itu diterima daripada individu yang menghubungi suaminya, pelakon Aidil Aziz, dan keluarganya untuk menaja sebuah lagi majlis perkahwinan di ibu negara.
 
"Ada orang menghubungi suami dan juga keluarga untuk menaja majlis perkahwinan #aidilfasha bernilai RM200,000. Terima kasih banyak-banyak.
 
"Tetapi 'mood' untuk (mengadakan) majlis (kahwin) macam sudah habis. Lagipun, (kami) rasa malu sebab tajaan itu agak besar nilainya," tulis Fasha.
 
Perkara itu dikongsikan oleh Fasha menerusi  Instagram(IG) Story miliknya.
 
Bagaimanapun menurut Fasha, seandainya dia dan suami berubah fikiran, mereka pasti akan menghubungi semula individu berkenaan.

BACA: 'OMG cantik gila! Macam anak patung' - Netizen puji penampilan Fasha Sandha di majlis resepsi
BACA: Sekali lafaz, Fasha Sandha sah bergelar isteri Aidil Aziz


Pada 30 Mac lalu, Fasha, 35, selamat bergelar isteri kepada Aidil, 31, dengan sekali lafaz, kira-kira jam 9.15 pagi, dalam majlis yang berlangsung di kampung halamannya di Perlis.
 
Majlis persandingan di sebelah keluarga pengantin perempuan dilangsungkan pada hari sama, manakala acara bertandang pula diadakan di Rembau, Negeri Sembilan, 6 April lalu.
 
Ia perkahwinan pertama buat Aidil dan kedua untuk pelakon jelita itu.
 
Fasha pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli, pada 27 April 2012 dan bercerai pada 20 Januari 2016.
 
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Putra Rayfal Ramli, 5, dan Putri Raysha Jemaima, 4.
 


Tag: perkahwinan, Instagram, Fasha Sandha, Negeri Sembilan, Aidil Aziz t, Perlis, kahwin, penajaan, ditaja



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.