"Saya akan dedikasikan persembahan serta hati saya pada Anugerah Juara Lagu ke-31 (AJL 31) nanti kepada Allahyarham Tan Sri Adenan Satem" demikian kata penyanyi kelahiran Sarawak Dayang Nurfaizah.
'Lelaki Teragung' dendangan Dayang Nurfaizah antara 12 lagu yang layak ke pertandingan AJL31 yang bakal berlangsung pada 22 Januari di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Dayang Nurfaizah berkata beliau menyedari harapan tinggi rakyat bumi Kenyalang agar dendangan lagu itu nanti turut dibuat secara 'tribute' kepada Adenan, bagaimanapun berkata sukar untuk mengubah konsep persembahan memandangkan semua perancangan sudah dibuat sejak sebulan lalu.
"Persiapan semua sudah siap, minggu depan tinggal latihan bersama kumpulan orkestra dan juga kumpulan muzik (band) di venue pertandingan (PWTC). Jika konsep persembahan ditukar pelbagai perkara perlu diambil kira kerana perlu melibatkan ramai pihak juga.
"Biarpun konsep persembahan tidak ditukar saya akan dedikasikan persembahan serta hati saya nanti kepada Tok Nan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Sejak semalam, rata-rata netizen (warga media sosial) melahirkan keinginan melihat Dayang Nurfaizah membuat persembahan 'tribute' (memberi penghormatan) ketika mendendangkan lagu Lelaki Teragung untuk Adenan nanti.
Dayang Nurfaizah menegaskan biarpun konsep persembahan itu nanti tidak dibuat secara 'tribute' terus kepada Adenan, itu tidak bermakna semangat beliau sebagai anak Sarawak menjadi kurang.
"Saya tidak mahu buat 'tribute' dengan sekadar letak gambar. Konsep persembahan perlu dibuat sebaik mungkin, dan seperti saya katakan tadi, kalau konsep persembahan yang sudah dibuat sejak sebulan lalu ditukar ia melibatkan ramai pihak," katanya.
Sebagai anak Sarawak biarpun berada Kuala Lumpur, pemilik nama sebenar Dayang Nurfaizah Awang Dowty turut berkongsi kesedihan berita pemergian Ketua Menteri itu berkata 'tribute' kepada Adenan mungkin boleh dilaksanakan dalam bentuk lain.
"Saya berharap kita boleh buat tribute atau something kepada Tok Nan. Kalau boleh ada pihak yang mengumpul penyanyi kelahiran Sarawak seperti Hafiz Suip, Bob AF serta mana-mana penyanyi lain dan kita buat persembahan itu nanti di Sarawak," katanya.
Berkongsi pengalaman membuat persembahan pada majlis yang melibatkan Adenan, Dayang Nurfaizah berkata Tok Nan seorang yang menyukai muzik.
"Bila buat persembahan kadang kala kita boleh nampak ada yang tidak ambil tahu pun tapi Tok Nan lain, dia tahu, dia hargai, enjoy serta menghargai persembahan tersebut. Saya amat berbesar hati diundang melibatkan majlis Tok Nan tambahan lagi sebagai anak Sarawak," katanya.
Dayang Nurfaizah berkata secara peribadi beliau tidak pernah bercakap dengan Adenan, namun sentiasa mengikuti perkembangan Ketua Menteri Sarawak kelima itu.
"Saya berada di Kuala Lumpur tetapi sentiasa ikut perkembangan beliau, semangatnya membela rakyat menerusi dasar-dasar yang dibuat membuatkan saya amat bangga sebagai anak Sarawak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 15 2017
DAYANG: "Saya akan dedikasikan persembahan serta hati saya pada AJL 31 nanti kepada Allahyarham Tan Sri Adenan Satem" - Gambar Instagram - dayangsayangkamu
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Projector Band dedah cipta lagu 'Sudah ku tahu' di sebelah bilik mayat
Projector Band mendedahkan lagu hit mereka, Sudah Ku Tahu dicipta di sebelah bilik mayat.
'Saya akan dedikasikan persembahan dan 'hati' kepada Tok Nan' - Dayang Nurfaizah
"Saya akan dedikasikan persembahan serta hati saya pada Anugerah Juara Lagu ke-31 (AJL 31) nanti kepada Allahyarham Tan Sri Adenan Satem," demikian kata penyanyi kelahiran Sarawak Dayang Nurfaizah.