"Saya dapat potong YB Syed Saddiq!" - Siti Nurhaliza teruja dapat habis kayuhan 72km

"Saya dapat potong YB Syed Saddiq!" - Siti Nurhaliza teruja dapat habis kayuhan 72km
Siti Nurhaliza bersama Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Wow! Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza masuk RHB Langkawi Ride 2019 untuk kategori Wanita 72km.

Menurut Siti, walaupun jarang mengadakan latihan sehingga 100km, tapi dengan semangat yang kuat dan saling sokong menyokong, beliau berjaya menghabiskannya.

"Alhamdullillah. Medal ni untuk anak ibu tau. Banyak kenangan nak mendapatkan & menghabiskan kayuhan 72km ni anak ibu oiii.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

PUASHATI!! #teamctdk #72km #31330

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on


"Mula2 ibu nak masuk 25km saja , yelah .. fun ride la kann.. Lepastu 1 team kata alang2 dah sampai Langkawi jom kayuh sampai 72km..Whattttt!!! Dah la tak pernah lebih 50km.. berangan nak 72km," tulis Siti di satu entri di Instagramnya.
Menurut Siti, berbekalkan semangat serta bantuan jurulatihnya, beliau mencekalkan hati.

"Yang best sekali pagi tadi sebelum berlepas saya dah 'jatuh bodo' luka la lutut. Macam mana la boleh jatuh padahal dah berhati2 sangat. Takpe tebalkan muka semangat punya pasal (sakit tauuu).

"Berlepas je hati dah dup dap dup dap, takut jatuh lagi, tapi Alhamdullillah , Allah pelihara sepanjang jalan. Terima kasih sahabat saya @aiza_mokhtar yang bagi semangat suruh masuk 72km & habiskan," tulis Siti lagi.

"Sambil kayuh sambil istigfar, sambil bising bila nak habis ni. Yang sebenarnya ibu kayuh sambil pikir Aafiyah kat bilik nak susu, Aafiyah nak susu.

"Hahaha. Itu buat ibu kayuh lagi laju tau Aafiyah.. Sekianla coretan ibu aafiyah ni. Akhirnya berjaya tamatkan juga 72km dengan masa 3 jam 13 minit 30saat di tangga 22 dari seribu lebih penyertaan.
 




Tag: Siti Nurhaliza, RHB Langkawi Ride 2019, Syed Saddiq


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.