Tutup

'Selamat kembali wahai saudaraku' - Adam Corrie komen penghijrahan Michael Ang

'Selamat kembali wahai saudaraku' - Adam Corrie komen penghijrahan Michael Ang
Semoga Allah permudahkan segala urusan saudaraku dunia dan akhirat, tulis Adam Corrie Lee (kiri) kepada Michael Ang (kanan). Astro GEMPAK
PELAKON Adam Corrie Lee berkongsi rasa terharu dan gembira dengan penghijrahan sutradara terkenal Michael Ang yang telah memeluk Islam sejak setahun lalu.

Kata Adam, selain memanjatkan rasa syukur, dia turut mengutuskan doa buat saudara baru itu.

"Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah! Syukur tak terkata, menitis air mata saya dapat khabar berita ini.

"Selamat kembali wahai saudaraku.
"Semoga Allah permudahkan segala urusan saudaraku dunia & akhirat," tulisnya yang turut mengulang siar kenyataan Michael di Instagramnya petang Selasa.

BACA: Selepas setahun bergelar Muslim, Michael Ang buat pengakuan
BACA: Saya terima petunjuk dan hidayah yang sangat kuat - Michael Ang 
 
BACA: "Jangan sindir dan perli, tetapi..." - Ustaz Firdaus Wong kongsi detik pengislaman Michael Ang


Michael dalam pada itu berkata dia memohon tunjuk ajar daripada orang ramai dan menegur seandainya dia berbuat silap.

"Assalamualaikum! Saya budak baru kalau ada salah tolong tegur.

"Doakanlah yang baik-baik. Maaf kalau saya rahsiakan ni dah lebih dari setahun. Cuma I rasa perkara ni adalah antara saya dengan Allah dan keluarga saya," katanya.

Michael mendedahkan khabar gembira itu menerusi sebuah video eksklusif yang dimuat naik di saluran YouTube Official Ria X.








Tag: Adam Corrie Lee, Islam, Instagram, Michael Ang, peluk Islam



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.