Tahniah Syafeek Ikhwan!

Syafeek Ikhwan melalui laman instagramnya meluahkan rasa syukur apabila berjaya dinobatkan sebagai juara di sebuah pertandingan nyanyian i-Sing Dunia 2018 di Paris, Perancis.

Beliau telah berjaya memukau juri dengan lagu nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza, Kau Kekasihku.

Syafeek yang pernah menjadi juara Pujaan RTM 2015 berjaya menewaskan 44 peserta dari seluruh dunia.

Syafeek membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,333.50 (AS$2,500), trofi dan juga tiket penerbangan ke Sepanyol untuk membuat persembahan pada pentas akhir i-Sing World 2019.

Menerusi laman instagramnya Syafeek menyatakan bahawa dia merasa sebak apabila lagu Negaraku berkumandang di Novotel Paris Centre Tour Eiffel dan berterima kasih dengan sokongan penuh yang diberikan kepadanya sepanjang pertandingan itu.

Naib juara bagi kategori solo telah dimenangi oleh peserta dari Ukraine iaitu Tentiana Ihnatenko dan tempat ketiga dibawa pulang oleh peserta dari Spain.