Berita  |  Hiburan

Tiket 'Ed Sheeran Live in KL' habis dijual dalam masa 30 minit

Tiket 'Ed Sheeran Live in KL' habis dijual dalam masa 30 minit
Kesemua 12,000 tiket untuk konsert Ed Sheeran di Malaysia habis dijual 30 minit selepas ia dibuka kepada umum, hari ini.
KESEMUA 12,000 tiket untuk konsert Ed Sheeran di Malaysia habis dijual 30 minit selepas ia dibuka kepada umum, hari ini.

Pengarah Urusan PR Worldwide R. Para berkata semua 12,000 tiket telah habis dijual selepas jualan bermula pada jam 10 pagi ini.

"Malangnya, tidak ada kemungkinan untuk konsert kedua di Malaysia," kata Para seperti kepada portal The Star Online.
Kesemua 12,000 tiket untuk konsert Ed Sheeran di Malaysia habis dijual 30 minit kepada umum telah mencetuskan pelbagai reaksi netizen di negara ini.
Kredit Gambar: Portal PR Worldwide


Seperti biasa, peminat Ed Sheeran yang gagal membeli tiket meluahkan rasa kekecewaan mereka di media sosial.

Malah, ada yang berang kerana beberapa pihak menjual semula tiket konsert itu dengan harga yang begitu tinggi.

"Saya beratur hampir dua jam, tetapi tidak berkesempatan untuk membeli tiket," tweet seorang pengguna media sosial, Chinny Joy.

Seorang lagi peminat penyanyi kelahiran Britain itu yang dikenali sebagai Mikael berkata,"banyak tiket habis dijual bukan kepada peminat tetapi kerana mereka yang ingin menjual semula tiket tersebut."








Konsert jelajah ‘Ed Sheeran Divide Tour Live in Kuala Lumpur 2017’ akan diadakan 14 November ini di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pada jam 8.30 malam.