awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gunung Semeru meletus lagi, hambur abu setinggi 700 meter
Pengasuh mengaku salah aniaya dua bayi di taska
Kerajaan Negeri Selangor putuskan ternakan babi berpusat di Bukit Tagar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ed Sheeran umum positif COVID-19

Astro Awani
Astro Awani
24/10/2021
21:42 MYT
Ed Sheeran umum positif COVID-19
Ed Sheeran memaklumkan dia dijangkiti COVID-19 dan sedang menjalani proses kuarantin. -Gambar fail/Reuters
PENYANYI terkenal Ed Sheeran memaklumkan dia dijangkiti COVID-19 dan sedang menjalani proses isolasi.
Perkara itu diumumkan Sheeran di akaun Instagramnya sebentar tadi, lapor BBC.
"Hai kawan-kawan, dengan rasa dukacita dimaklumkan saya telah diuji positif COVID, jadi sekarang saya sedang mengasingkan diri dan mengikuti garis panduan kerajaan.
"Minta maaf kerana kecewakan anda, semoga anda semua selamat."
Walaupun sedang menjalani isolasi, beliau berkata akan terus memberikan wawancara dan persembahan yang dirancang dari rumah.
"Ini bermakna saya kini tidak dapat meneruskan apa jua komitmen secara peribadi, jadi saya akan lakukan seberapa banyak wawancara/persembahan yang dirancang yang boleh dibuat dari rumah," tulis Sheeran.
View this post on Instagram
A post shared by Ed Sheeran (@teddysphotos)
Minggu lalu, dia tampil di London untuk persembahan di hadapan Duke dan Duchess of Cambridge pada acara perdana Earthshot Prize.
Album terbaharunya berjudul "=" (equal) akan dilancarkan pada Jumaat.
Sheeran sepatutnya bersama dengan Zane Lowe dari Apple Music minggu depan dalam kempen promosi untuk memainkan lagu dari album dan berinteraksi dengan peminat.
Pada September, Sheeran berkongsi pentas dengan beberapa artis ternama termasuk Billie Eilish dan Stevie Wonder untuk konsert 24 jam dalam usaha meningkatkan kesedaran tentang perubahan iklim, ketidaksamaan vaksin dan kebuluran.
Topic Berkaitan
#Ed Sheeran
#COVID-19
#isolasi
#persembahan dari rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan