Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

"Tolong jangan buat perangai lagi!" - Doa netizen buat Aliff Aziz, Bella Astillah

"Tolong jangan buat perangai lagi!" - Doa netizen buat Aliff Aziz, Bella Astillah
Sebilangan besar peminat Aliff dan Bella mendoakan pasangan ini kembali membina rumah tangga mereka.
Tindakan penyanyi Aliff Aziz memuat naik sebuah rakaman video bersama bekas isterinya, Bella Astillah dan anak mereka, Mohamad Ayden Adrean mendapat perhatian netizen.

Video yang berlatarkan lagu It's You nyanyian Ali Gatie itu menunjukkan Aliff sedang bermain bola sepak dengan Ayden sambil diperhati oleh Bella.
 

Bella juga meninggalkan komen 'love' dan mendapat hampir 2,500 tanda suka daripada peminat.


Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Instagram (IG) Aliff tertanya-tanya status hubungan mereka.
Dalam pada itu, ramai juga yang mendoakan agar pasangan ini kembali bersama sebagai suami isteri.

Berikut antara komen yang ditinggalkan peminat pasangan ini dalam laman sosial mereka:

"Tolong jangan buat perangai lagi! I really miss your happy family.

"Harap korang balik macam dulu. Semoga dipermudahkan segala urusan.

"Semoga jodoh kalian kuat ya. Semoga Allah permudahkan segala urusan.

"Semoga bersatu kembali.

"Jangan rugikan peluang yang ada.

"Tolong jangan kecam. Doakan baik-baik untuk dorang. Kita pun tak tahu kehidupan kita macam mana," antara komen-komen yang ditinggalkan.

Umum mengetahui mahligai yang dibina Bella dan Aliff selama tiga tahun itu berkecai apabila suaminya itu didakwa kerap berlaku curang bersama wanita lain.

Bella memfailkan permohonan cerai secara baik terhadap Aliff pada 21 Mac lalu selepas beberapa kali tertangkap menjalin hubungan dengan wanita lain.

Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak, Ayden yang kini berusia tiga tahun.

BACA: Tunjuk alat sulit dan bertengkar, Aliff Aziz buat hal lagi
 


BACA: Penyanyi Aliff Aziz didakwa di mahkamah Singapura


BACA: Aliff Aziz guna inai cacah tatu di badan - Bella Astillah



Tag: Aliff Aziz, Bella Astilah, Mohamad Ayden Adrean



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.