WARNER Bros. telah melancarkan trailer filem ‘Wonder Woman’ di acara Comic-Con di San Diego.

Versi trailer yang sama turut dimaut naik di akaun rasmi Twitter filem berkenaan.

Filem ini mengisahkan tentang seorang pahlawan Amazon yang juga Wonder Woman lakonan Gal Gadot.

Sebuah kapal terbang terhempas di Amazon dan itu merupakan pertama kali Wonder Woman bertemu dengan juruterbang Steve Trevor (Chris Pine) yang memberitahu beliau yang dunia sedang mengalami perang dunia.

Wonder Woman dibawa keluar dari Amazon untuk membantu menghentikan perang dunia itu.


Dengan pelancaran trailer ini di Comic-Con, peminat semakin tidak sabar untuk menonton filem Wonder Woman di layar perak setelah penantian yang sekian lama.




Pelakon Gal Gadot turut kongsi kegembiraan dengan pelancaran trailer filem ini.



Filem yang bakal ditayangkan pada Jun 2017 merupakan filem pertama Wonder Woman di layar perak berbanding dengan rangkaian filem superhero lain seperti Batman (lapan filem) , Superman (tujuh filem) dan Spider-Man (enam filem).