Vokalis kumpulan popular Khalifah, Yabang, akan mengalunkan azan bagi menandakan masuknya waktu Maghrib sepanjang bulan Ramadan di saluran 501, Astro AWANI.
Pemilihan Yabang atau nama sebenarnya Awang Sulong Hj. Oyong itu adalah berikutan banyak pihak yang memperkatakan tentang kelunakan dan kemampuan penyanyi itu berqasidah.
Saat dipelawa merealisasikan perkara itu, vokalis yang popular dengan lagu Hang Pi Mana? itu awal-awal lagi sudah menyatakan kesudiannya.
Sebelum ini, ada pemilik akaun YouTube yang memuat naik video laungan azan di sebuah masjid yang mendakwa dialunkan oleh Yabang.
Ia nyata terbukti apabila Yabang mudah membaitkan setiap kalimah azan dengan penuh penghayatan, ketika sesi penggambaran rakaman azan itu di studio AWANI.
Tidak kekok berkongsikan pengalaman, Yabang memberitahu, dia sudah mula memikul tanggungjawab menjadi bilal sejak berusia 9 tahun lagi, di Masjid Kampung Pengaraban, Kudat, Sabah.
Selain itu, anak kepada Imam Haji Oyong Haji Ulang menanggap bakat dan kemampuannya itu sebagai satu anugerah.
Helmi Majid
Mon Jun 06 2016
Yabang mudah membaitkan setiap kalimah azan dengan penuh penghayatan. - Foto Astro AWANI
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Yabang Khalifah alun azan di Astro Awani
Pemilihan Yabang itu berikutan ramai memperkatakan tentang kelunakan dan kemampuan penyanyi dengan nama sebenarnya Awang Sulong Hj. Oyong, itu berqasidah.