ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling mendapat tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 6 November 2019.

1) 'Along rindu mak ayah', tertuduh minta maaf pada keluarga Zulfarhan

Perbicaraan kes bunuh Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain menjadi pilu selepas tertuduh kedua membuat permohonan maaf secara terbuka kepada keluarga mangsa di Mahkamah Tinggi.

2) Isteri etnik Uighur dipaksa sekatil dengan pegawai kerajaan?

Pendedahan menggemparkan itu dibuat selepas golongan isteri etnik Uighur di wilayah Xinjiang diminta untuk 'menjemput' pemeriksa ke rumah mereka, di bawah program pengawasan wajib, ketika suami mereka ditahan.

3) LTTE: Dua pertuduhan terhadap ADUN Seremban Jaya batal

Mahkamah Sesyen membenarkan permohonan pasukan pendakwaan untuk membatalkan dua pertuduhan memiliki item berkaitan LTTE ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya P. Gunasekaran.

4) Remaja OKU bergelut dengan ular sawa selamatkan nyawa ibu

Muhammad Rasul Abdullah, 16, mengulas mengenai penganugerahan pingat Hang Tuah kepadanya sempena Program Kebajikan Kemakmuran Bersama Peringkat Negeri Kedah anjuran JKM.

5) Remaja ketagih main 'game' meninggal dunia akibat strok

Kali ini seorang remaja di Udon Thani, utara Thailand ditemui tidak bernyawa oleh ayahnya selepas bermain permainan komputer berterusan pada Isnin lepas.

6) Salahuddin Ayub perlu elak keluar kenyataan perkauman - Tok Mat

Jika benar ‘menteri’ itu menakut-nakutkan pengundi sewaktu berkempen di Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai, itu adalah satu perbuatan yang sama sekali tidak beretika, kata Timbalan Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Mohamad Hasan.

7) Murid melecur dakwa dibuli rakan tahfiz, disumbat najis kucing

Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiah sekali lagi menjadi perhatian apabila seorang pelajarnya dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat melecur disimbah air panas.

8) Pinda SOSMA: Jangan tunduk kepada DAP - Asyraf Wajdi

Keputusan meminda SOSMA langkah terburu-buru dan bersifat mala fide untuk melindungi pemimpin-pemimpin DAP dari kemungkinan ditahan lagi di bawah undang-undang berkenaan.

9) Graduan pilih kerja antara punca 600,000 peluang pekerjaan tidak diisi

Perkara itu turut disumbang oleh kurangnya sambutan terutama dalam kalangan golongan muda, terhadap lambakan peluang pekerjaaan yang ditawarkan.

10) Kanak-kanak mengadu sunyi di Talian Kasih 15999

Seramai 194 kanak-kanak yang membuat panggilan di Talian Kasih 15999 mengadu mengalami kesunyian, dedah Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh.