MALAYSIA
10 berita pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjanhg hari ini, Ahad, 8 Disember 2019.
Dalam ucapannya di majlis Makan Malam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, Azmin dengan nada tegas menempelak tindakan sesetengah individu dan pemimpin yang melabelkan beliau sebagai pengkhianat.
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengingatkan seluruh anggota parti agar mengambil perbezaan pandangan sebagai cara memperkukuhkan parti bukan dengan mencaci atau menghina.
Naib Presiden PKR, Tian Chua nyata melawan arus apabila dengan beraninya menegur pimpinan serta perwakilan dan penyokong yang disifat terlalu taksub untuk mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Zuraida menjelaskan beliau dan Timbalan Presidennya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersedia dipecat jika tindakan mereka mengkritik parti pada malam ini dikira sebagai pengkhianat.
Ucapan keras Tian Chua, terutamanya yang menyentuh mengenai isu ‘taksub kepada pemimpin’, perlu dilihat dalam konteks yang menyeluruh, kata Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mangsa itu adalah Nur Irfan Adanan, 15, yang juga anak sulung kepada pasangan suami isteri, Dr Rumihati Abd Hamid, 49, dan Adanan Jemain, 49, yang maut bersama anak kedua mereka, Maisarah Arifah Adanan, 13.
Menurut Tun Mahathir, ihak kerajaan turut tidak memaksa mana mana pihak untuk menerima idea pembangunan terbabit dan sentiasa terbuka terhadap mana-mana cadangan atau kritikan yang disuarakan.
Semua rakyat Malaysia sepatutnya tahu dan mahir untuk menyanyikan lagu Negaraku dalam bahasa kebangsaan memandangkan ianya termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Pengasas Animasi Digital dan tokoh penglipur lara animasi Malaysia Kamaruddin Ismail atau nama panggilan Kamn Ismail meninggal dunia pada usia 63 tahun.
Mayat wanita itu ditemukan dalam keadaan separuh bogel kira-kira 4km dari rumah suspek di Barangay Punta tanpa kepala dan kedua-dua tangan diikat.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami