ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi perhatian sepanjang hari ini, Jumaat, 13 Disember 2019.

1) Krisis dalaman PKR: Zuraida pula minta Anwar bertenang

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan semua ahli parti dimintakan agar sama-sama bertenang dan berhenti membuat kenyataan terbuka berikutan krisis dalaman parti itu.

2) Peguam Negara tidak akan merayu keputusan Seksyen 13 SOSMA tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara tidak akan merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi bahawa Seksyen 13 Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah tidak berperlembagaan, merujuk kepada ikat jamin kes berkaitan kumpulan pengganas LTTE.

3) Siswazah terima gaji paling tinggi di Kuala Lumpur, Melaka paling rendah

Laporan Siswazah 2018 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia mendedahkan gaji purata siswazah meningkat daripada RM4,676 kepada RM4,897 atau sebanyak 4.7 peratus berbanding 2017.

4) Polis melawat lokasi rumah Anwar

Polis melawat lokasi di rumah Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam yang didakwa Muhammed Yusoff Rawther sebagai lokasi berlaku kejadian cabul membabitkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

5) UNESCO iktiraf silat sebagai warisan budaya milik Malaysia

Silat kini diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai warisan budaya tidak ketara kemanusiaan (intangible cultural heritage in humanity) milik negara ini.

6) 'Hidup di Indonesia buka mata saya bahawa dunia ini luas' - Obama

Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama membuka sesi plenari Kepemimpinan Yayasan Obama: Asia Pasifik 2019 hari ini dengan berkongsi kisah kehidupan beliau di Hawaii, Amerika Syarikat dan Indonesia.

7) Parti Konservatif Boris Johnson menang pilihan raya UK

Perdana Menteri United Kingdom (UK) Boris Johnson berjaya mengejutkan pengkritik politik selepas parti pimpinannya, Parti Konservatif memenangi majoriti kerusi di Parlimen negara itu pada Jumaat sekali gus

8) Demi kasih, bapa mati kesejukan selepas selimuti anak

Demi kasih kepada anak-anak, seorang bapa di Thailand meninggal dunia dalam kesejukan setelah memberikan kesemua selimut kepada anak-anaknya.

9) Video Neelofa baca doa antara tweet paling banyak dapat kicauan sepanjang 2019

Dalam kita menghampiri penutup kepada tahun 2019, laman sosial Twitter menerusi Twitter Asia Pacific mendedahkan senarai apa yang menjadi perbualan rakyat di seluruh Malaysia, dalam satu kajian data yang dikeluarkan baru-baru ini.

10) Poligami luar kebenaran mahkamah, Da'i Farhan boleh dipenjara tidak lebih 6 bulan

Pendakwah sensasi Da'i Nik Ahmad Farhan mungkin berdepan hukuman denda atas kesalahan melakukan poligami luar kebenaran mahkamah dan melanggar Seksyen 23 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.