MALAYSIA
10 berita pilihan sepanjang hari ini

10 berita pilihan sepanjang hari ini di Astro AWANI.
ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling mendapat perhatian sepanjang hari ini, Rabu, 1 Januari 2020.
Beberapa jalan raya utama di ibu kota Jakarta dinaiki air sehingga satu meter dan pihak berkuasa turut menutup bekalan elektrik di kawasan tertentu bagi memastikan keselamatan penduduk.
Jelas Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman dan Cukai Dalam Negeri), Datuk Ahmad Maher Abd Jalil, pihaknya berjaya melepasi sasaran sebanyak RM41 bilion.
Masih ramai yang berdegil dengan memberi alasan tidak tahu mengenai larangan tersebut, walaupun penguatkuasaan pendidikan selama 12 bulan telah dijalankan.
Desakan itu disuarakan dalam ‘Himpunan Bangkit Pertahan Jawi, Haramkan Dong Zong’ yang berlangsung di ibu negara, pada Rabu.
Kesemua suspek mengaku melakukan serangan tembakan itu, yang mengakibatkan empat maut sementara enam lagi cedera.
Menurut Wisma Putra, seorang daripada mangsa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.
Kemalangan berlaku apabila pekerja warga Bangladesh berumur 39 tahun itu sedang bekerja di kawasan ‘chute’ yang terdapat di tapak projek tersebut.
Kemalangan itu mengakibatkan pemandu Toyota Hilux, pemandu Toyota Axia dan tiga penumpang dipercayai ahli keluarganya cedera, seterusnya dikeluarkan orang awam yang menyedari kejadian itu.
Ramai murid yang dilihat teruja bertemu maskot tersebut yang berada di hadapan pintu utama sekolah bagi menyambut kehadiran mereka.
Bagi Izara, hasrat untuk dia dan Adib bergelar ibu dan ayah pada 2020 dimakbulkan oleh Allah sekali gus melengkapkan rancangan mereka.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami