MALAYSIA
10 berita pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling mendapat perhatian sepanjang hari ini, Khamis, 2 Januari 2020.
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mengumumkan perletakan jawatan berkuat kuasa esok.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menerima peletakan jawatan Dr Maszlee Malik sebagai menteri pendidikan yang akan berkuatkuasa pada 3 Januari 2020.
Satu petisyen mendesak agar Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik dikekalkan sebagai Menteri Pendidikan dilancarkan petang Khamis.
Ketua Warisan Bahagian Kimanis, Datuk Karim Bujang dipilih sebagai calon Pakatan Harapan (PH)-Warisan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis pada 18 Januari nanti.
Jeneral Tan Sri Affendi Buang dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang ke-21 berkuat kuasa hari ini.
Dua lelaki yang mempunyai pertalian saudara hanya mampu menangis teresak-esak di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini selepas masing-masing didakwa merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang gadis berusia 15 tahun, dua minggu lalu.
“Saya tidak kisah tiada kawan, saya boleh belajar macam-macam dengan guru.” Itu antara coleteh Nur Zahirah Aisyah Muhamad Zuhaili, 7, yang merupakan murid tunggal Tahun Satu yang memulakan sesi persekolahan hari pertama di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Jerneh, Brisu, Alor Gajah Melaka hari ini.
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka melakukan siasatan ekoran isu kekurangan kerusi dan meja sehingga memaksa ibu bapa membeli kelengkapan berkenaan bagi membolehkan anak-anak mereka mendapat tempat di sekolah-sekolah tertentu di negeri itu.
Bukan sahaja kisah banjir besar Jakarta menjejaskan suasana tahun baharu di Indonesia, di Jember, Jawa Timur pula, sejumlah 250 warganya digegaskan ke hospital sewaktu detik tahun bertukar.
Sekurang-kurangnya 21 mangsa dilaporkan terkorban dalam banjir yang melanda ibu kota Indonesia sejak tiga hari lalu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami