ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 18 Januari 2020.

1) Kimanis kekal di tangan BN, peroleh majoriti lebih besar

Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Kimanis apabila calonnya, Datuk Mohamad Alamin berjaya memperoleh kemenangan dengan majoriti 2,029 undi.

2) PH akan buat post-mortem kenal pasti faktor kekalahan Kimanis - Tun M

Kekalahan Parti Warisan Sabah (Warisan) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis berlaku kerana rakyat di negeri itu belum merasai kebaikan pemerintahan baharu di bawah Pakatan Harapan (PH) kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

3) PH akan tingkatkan usaha menangi hati rakyat yang terluka - Anwar

"Pakatan Harapan (PH) akan tingkatkan usaha untuk menangi semula hati rakyat." Demikian luahan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menerima dengan hati terbuka keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis yang berpihak pada Barisan Nasional.

4) Kepatuhan gaji minimum diketahui akhir Februari - Kula Segaran

Kepatuhan pelaksanaan gaji minimum sebanyak RM1,200 sebulan hanya akan diketahui pada akhir Februari ini, kata Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran.

5) MB Johor tegaskan Nur Dinie Damia negatif Influenza A

Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal hari ini sekali lagi menegaskan kanak-kanak perempuan, Nur Dinie Damia Muhammad Noor Ain, yang meninggal dunia, Isnin lepas, negatif bagi jangkitan Influenza A.

6) e-Tunai Rakyat: Kerajaan kaji masukkan terus ke BSH

Kerajaan sedia mempertimbangkan cadangan untuk memasukkan wang RM30 yang dikhususkan untuk program e-Tunai Rakyat ke dalam akaun penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) bagi rakyat di negara ini yang tidak memiliki telefon pintar.

7) Zuraida diberi 14 hari jelas surat tunjuk sebab - Saifuddin

PKR mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Naib Presidennya Zuraida Kamaruddin, berhubung dakwaan salah laku disiplin.

8) "Memalukan dan mengecewakan" - Wanita dipaksa jalani ujian kehamilan sebelum naik pesawat

Sebuah syarikat penerbangan Hong Kong memaksa seorang wanita menjalani ujian kehamilan sebelum membenarkannya menaiki pesawat ke pulau Pasifik, iaitu lokasi terkenal dengan tindakan si ibu memohon warganegara Amerika Syarikat (AS) untuk bayi mereka.

9) Pulang ke kampung Tahun Baharu Cina nanti? Ini cadangan waktu perjalanan buat anda

Perayaan Tahun Baharu Cina sudah hampir tiba, dan sudah semestinya ramai diantara anda yang merancang untuk pulang ke kampung atau bercuti bersama yang tersayang.

10) Tiada bukti saintifik petua viral mampu elak influenza- Lee Boon Chye

Tiada bukti saintifik yang menyatakan beberapa petua yang tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp sebelum ini mampu mengelakkan jangkitan virus influenza jika diamalkan.