Sehingga Julai tahun ini 13 bot nelayan asing yang ditahan kerana menceroboh perairan negara ini sudah dilupuskan, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II (MAFI), Datuk Che Abdullah Mat Nawi.
Beliau berkata tindakan melupuskan bot pukat tunda dan pukat jerut itu adalah sebagai amaran kepada nelayan asing agar tidak sewenang-wenangnya melakukan pencerobohan bagi menangkap ikan di perairan negara ini.
Katanya pada masa sama, bot yang dilupuskan secara ditenggelamkan itu akan menjadi tukun tiruan bagi pembiakan ikan dan menghalang pencerobohan bot pukat tunda di kawasan lima batu nautika.
"Pihak kementerian amat prihatin berkaitan isu pencerobohan bot nelayan asing ke perairan negara yang mengakibatkan ketirisan hasil laut dianggarkan bernilai RM6 bilion setahun dan memberi kesan kepada ekonomi rakyat Malaysia.
"Sehubungan itu, MAFI melalui Jabatan Perikanan (DOF) komited melaksanakan operasi bersepadu bersama agensi penguatkuasaan melibatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Pasukan Polis Marin (PPM) bagi membanteras pencerobohan bot asing terutamanya di perairan pantai timur Malaysia," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan pelupusan tiga bot nelayan Vietnam di perairan Kuala Besar di sini, hari ini.
Che Abdullah berkata proses pelupusan tiga bot rampasan nelayan asing itu adalah yang telah dilucut hak di bawah Akta Perikanan 1985.
"Kaedah pelupusan bot rampasan asing ini secara ditenggelamkan sebagai tukun tiruan bagi tujuan pemuliharaan sumber stok ikan. Dalam masa yang sama Institut Sumber Marin Asia Tenggara (ISMAT), DOF dapat menjalankan kajian terhadap bot rampasan asing yang dijadikan tukun tiruan dan impak kepada sumber perikanan.
"Di samping itu, pelupusan bot dengan kaedah penenggelaman memberikan manfaat kepada para nelayan kerana ia akan menjadi habitat perikanan yang baru sekali gus dapat menjana ekonomi para nelayan," katanya.
Jelasnya kerajaan mengharapkan pelupusan bot-bot rampasan ini akan memberi amaran dan pengajaran kepada mana-mana bot asing yang cuba menceroboh perairan Malaysia.
Che Abdullah berkata Rang Undang-Undang (RUU) Perikanan (Pindaan 2019) telah mendapat kelulusan Parlimen bagi meningkatkan kadar denda dan mengekang pencerobohan nelayan asing ke dalam perairan negara iaitu denda maksimum bagi nakhoda bot asing yang menceroboh perairan Malaysia dinaikkan daripada RM1 juta kepada RM6 juta, selain penalti bagi tiap-tiap anggota kru juga dinaikkan daripada RM100,000 kepada RM600,000.
"Kerajaan Malaysia begitu komited dalam memerangi isu "penangkapan ikan secara haram, tidak terkawal dan tidak dilaporkan (IUU) dan melalui penubuhan Mesyuarat Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Kerja IUU di peringkat nasional, usaha-usaha ke arah membanteras kegiatan IUU dipertingkatkan.
"Selain itu, kerjasama serantau untuk membanteras penangkapan ikan secara haram (Regional Plan Of Action (RPOA-IUU) juga diperkukuhkan melalui platfom bilateral dengan negara-negara ASEAN terutamanya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 26 2020
Pelupusan bot-bot rampasan ini akan memberi amaran dan pengajaran kepada mana-mana bot asing yang cuba menceroboh perairan Malaysia. -Gambar fail/ Bernama
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi
Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
Kes pedofilia MRSM Tumpat diklasifikasikan fitnah, tiada bukti kukuh
Kes pedofilia terhadap seorang guru Maktab Rendah Sains Mara di Tumpat diklasifikasikan sebagai fitnah selepas siasatan tidak menemui bukti kukuh berhubung kes itu, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
Kerajaan berusaha tangani inflasi, tingkat kuasa beli rakyat
Menurut Datuk Armizan Mohd Ali, kerajaan tidak berdiam diri dalam menangani masalah inflasi termasuk melalui pelaksanaan pelbagai bentuk intervensi seperti kawalan harga.
Keutamaan negara Asia Barat untuk penuhi hasrat rakyat Palestin
Sekiranya Palestin diberikan negara dan kebebasan, mana-mana pihak tidak perlu lagi campur tangan dan tidak ada lagi konflik di Timur Tengah.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia dalam tiga hasrat
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) menjadi platform untuk Malaysia menggemakan keterbukaan jalinan kerjasama untuk melonjakkan ekonomi negara.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia melalui tiga hasrat
Malaysia mahu perkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha mengukuhkan jalinan kerjasama sedia ada.
APMM rampas minuman beralkohol, bot, enjin bernilai RM472,000
APMM Labuan merampas minuman beralkohol pelbagai jenama, sebuah bot fiber, dan tiga enjin dianggarkan bernilai lebih RM472,000 yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan.
Pembelian empat helikopter AW189 APMM lancar, kelengkapan pesawat dimuktamad
Sesi ini membabitkan tinjauan pihak pengurusan kanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) ke fasiliti pembuatan pesawat tersebut di Leonardo Helicopters Division, Vergiante Plant, Milan, Itali.
Pendaratan cemas elak keadaan lebih mudarat - Pakar penerbangan
Lazimnya ia berlaku apabila kemungkinan situasi itu tidak dapat diatasi dalam masa terdekat dan perlu dilakukan.
Insiden Pulau Angsa: Helikopter terbang rendah, berpusing-pusing sebelum jatuh dalam laut - Saksi
Saksi terkejut apabila melihat sebuah helikopter terbang rendah dan berpusing-pusing sebelum jatuh ke laut.
Insiden Pulau Angsa: Bangkai helikopter APMM dijangka dibawa keluar petang ini
Sehingga itu, polis melakukan pengawasan bagi memastikan keselamatan di sekitar lokasi kejadian.
Insiden helikopter terhempas di Pulau Angsa: Empat termasuk juruterbang selamat - CAAM
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan sebuah helikopter yang dikendali oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) terhempas di perairan Pulau Angsa, Klang, Selangor.
Helikopter APMM lakukan pendaratan cemas di Pulau Angsa
Kejadian berlaku kira-kira jam 9.55 pagi Selasa ketika melakukan latihan menyelamat.
Kapal APMM OPV1 dinamakan KM Tun Fatimah
Kapal Peronda Luar Pesisir Pertama (OPV 1) milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dinamakan sebagai Kapal Maritim (KM) Tun Fatimah.
Operasi kesan lelaki dikhuatiri lemas diperluas - APMM Terengganu
Operasi semalam yang membabitkan kawasan seluas 50.4 batu nautika, ditamatkan pada 7 petang kerana keadaan gelap dan ombak bergelora.
Maritim Malaysia rekod nilai rampasan RM101.9 juta tahun lepas
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) merekodkan RM101.9 juta nilai rampasan dan 1,200 tangkapan atas pelbagai kesalahan tahun lepas.