awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GV Ride raikan komuniti dengan Santa Claus, kejutan Krismas unik
Bayaran saham KPF tertunggak: Anggota desak penyelesaian segera, ancam piket besar-besaran
Nasry Asfura menang Pilihan Raya Presiden Honduras
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insiden Pulau Angsa: Helikopter terbang rendah, berpusing-pusing sebelum jatuh dalam laut - Saksi

Bernama
Bernama
05/03/2024
13:25 MYT
Insiden Pulau Angsa: Helikopter terbang rendah, berpusing-pusing sebelum jatuh dalam laut - Saksi
Sebuah helikopter jenis AW139 kendalian Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melakukan pendaratan cemas ketika latihan menyelamat di perairan Pulau Angsa, Selangor pada 9.55 pagi, hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA SELANGOR: Tindakan pantas seorang pemancing menghubungi talian kecemasan 999, membolehkan langkah menyelamat dapat dilakukan segera dalam kejadian helikopter milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melakukan pendaratan cemas di Perairan Pulau Angsa, di sini pagi tadi.
Mengimbas detik cemas itu, Mohd Riduan Kulop Ahmad, 38, berkata ketika kejadian beliau bersama tujuh lagi rakan sedang memancing, tidak jauh dari lokasi kejadian.
Beliau berkata dia dan rakan-rakan terkejut serta cemas, apabila melihat sebuah helikopter terbang rendah dan berpusing-pusing sebelum jatuh ke laut.
"Melihat kejadian itu saya terus menghubungi talian kecemasan 999, untuk memaklumkan pihak berkuasa mengenai kejadian itu.
Tidak lama kemudian saya lihat ada pihak yang datang menyelamatkan mereka yang berada di dalam helikopter tersebut," katanya menerusi satu video ringkas yang dikongsi dengan media hari ini.
Awal pagi tadi tersebar video tular dan foto mengenai sebuah pesawat terhempas ke laut, sebelum Ketua Pengarah APMM Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin mengeluarkan kenyataan mengesahkan helikopter jenis AW 139 dengan nombor pendaftaran M72-01 milik APMM, melakukan pendaratan cemas di perairan Pulau Angsa.
Maklumat awal insiden menimpa pesawat yang dikendalikan Leftenan Komander Maritim Tengku Mohd Nizam Tengku Zakaria dan Leftenan Komander Maritim Mohamad Azrol Saidi bersama dua lagi kru itu, diterima menerusi panggilan MERS 999 oleh pemancing yang berada di sekitar lokasi kejadian.
Susulan itu, Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) telah diaktifkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Pusat Koordinasi Mencari dan Menyelamat (MRCC) Putrajaya pada jam 10:15 pagi.
Kesemua mangsa berjaya diselamatkan oleh nelayan tempatan, sebelum diterbangkan dengan pesawat AS 365 N3 ke Stesen Udara Maritim Subang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Insiden Pulau Angsa
#helikopter terhempas
#helikopter terbang rendah
#APMM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan