Kira-kira 2,000 umat Islam menyertai majlis bacaan Yasin dan doa selamat sempena sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2016/1438 Hijrah di Masjid Negara di sini, Sabtu malam.
Majlis itu dimulakan dengan bacaan al-Quran dari surah Al-Anbiya' oleh johan qari Tilawah al-Quran Antarabangsa 2012 Muhammad Anuar Ghazali.
Ia disusuli dengan bacaan doa akhir tahun 1437 Hijrah dan doa awal tahun 1438 Hijrah yang dipimpin Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad.
Syaikh Ismail kemudiannya mengimamkan solat Maghrib yang disusuli bacaan yasin, tahlil, doa selamat dan solat Isyak berjemaah.
Terdahulu, para hadirin mengikuti ceramah khas Maal Hijrah bertajuk 'Hijrah dan Perubahan' yang disampaikan dua penceramah bebas iaitu Maulana Wan Helmi dan Azmil Mustafa.
Sambutan Maal Hijrah 1438 bertema 'Ukhwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah' peringkat kebangsaan akan berlangsung di Taman Ekspo Agropertanian Malaysia Serdang (MAEPS) pada Ahad.
Sebanyak 105 kontinjen akan menyertai perarakan sejauh 1.7 kilometer melibatkan 10,000 peserta daripda agensi kerajaan dan swasta, badan beruniform, pertubuhan bukan kerajaan dan pelajar.
Bernama
Sat Oct 01 2016
Kira-kira 2,000 umat Islam menyertai majlis bacaan Yasin dan doa selamat sempena sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2016/1438 Hijrah di Masjid Negara di sini, Sabtu malam. -Gambar fail
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Khamis berikutan dolar AS kekal kukuh.
Lelaki sedar dari koma selepas 10 tahun
Sun Hongxia enggan berputus asa menjaga suaminya yang mengalami kondisi sedemikian selepas terkena serangan jantung.
Akaun 3 KWSP: Tahap celik kewangan pencarum perlu dipertingkat
Pencarum KWSP perlu mempunyai tahap disiplin yang tinggi agar tidak sewenang-wenangnya membuat pengeluaran caruman Akaun 3.
Tentera Israel adakan latihan tembakan di Golan Heights
Latihan itu berlaku ketika pertempuran semakin memuncak di pinggir Rafah dengan kerahan tentera Israel semakin bertambah.
AWANI Pagi: ASCI cabar minda pemain ‘scrabble’
AWANI Pagi bawakan perbincangan berkenaan pertandingan scrabble yang akan diadakan di Universiti Malaya.
Tukang rumah cedera tertusuk besi jatuh lori
Batang besi sepanjang 0.75 meter menembusi lengan dan terkena rusuk kiri Jamaludin Amin.
Wanita Israel tuntut pembebasan 130 tebusan di Gaza
Demonstrasi jalanan menentang kerajaan oleh keluarga dan penyokong daripada lebih 130 tebusan yang masih ditahan di Gaza masih diteruskan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [9 Mei 2024]
[LANGSUNG] #AWANIpagi | 9 Mei 2024
Antara fokus Awani Pagi bersama Geegee Ahmad dan Azib Zikry
- Piala Sumbangsih: Enggan kompromi soal keselamatan, Selangor FC nekad ‘tidak hadir’,
- Kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail berisiko berulang - ILAM
- Kumpulan pertama 282 jemaah haji berlepas ke Tanah Suci
#AWANInews #AWANIPagi
Antara fokus Awani Pagi bersama Geegee Ahmad dan Azib Zikry
- Piala Sumbangsih: Enggan kompromi soal keselamatan, Selangor FC nekad ‘tidak hadir’,
- Kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail berisiko berulang - ILAM
- Kumpulan pertama 282 jemaah haji berlepas ke Tanah Suci
#AWANInews #AWANIPagi
AWANI Ringkas: JDT kecewa dengan Selangor FC
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taklimat pembangunan Kelantan dapat maklum balas positif kerajaan Persekutuan - MB
Kata Menteri Besar Kelantan, hubungan kerajaan negeri dan kerajaan Pusat amat baik ibarat "ayah" dan "anak."
2,000 umat Islam sertai majlis doa akhir, awal tahun Hijrah di Masjid Negara
Majlis itu dimulakan dengan bacaan al-Quran dari surah Al-Anbiya' oleh johan qari Tilawah al-Quran Antarabangsa 2012 Muhammad Anuar Ghazali.