Cubaan dua lelaki membawa muatan sarat 200 kilogram (kg) daun ketum dipercayai untuk dibawa ke Padang Besar, Perlis tidak berjaya apabila mereka ditahan polis dalam operasi 'Snap and Check' di Jalan Kampung Kuala Roman Jeneri, Sik di sini semalam.
Kedua-dua suspek yang berusia 30 tahun dan menaiki kereta jenis Perodua Alza dikesan dalam keadaan mencurigakan sebelum diarah untuk memberhentikan kenderaan mereka kira-kira pukul 1.15 petang.
Menurut Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman, pemeriksaan ke atas kenderaan itu menemui 39 bungkusan plastik hitam berisi daun ketum di bahagian tempat duduk penumpang bekalang dan but kereta membabitkan berat keseluruhan 200 kg.
"Siasatan awal mendapati nilai pasaran keseluruhan daun ketum itu ialah sebanyak RM2,600.
"Soal siasat turut mendapati suspek memperoleh bekalan daum ketum terbabit dari Lubuk Merbau dan akan dihantar untuk pasaran di Padang Besar, Perlis," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Abdull Razak berkata, kedua-dua suspek yang ditahan kini disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 yang boleh membawa kepada hukuman denda hingga RM10,000 atau penjara maksimum empat tahun atau kedua-duanya.
Adie Sufian Zulkefli
Fri Nov 03 2017
Sebanyak 39 bungkusan berisi daun ketum dirampas polis dalam operasi 'Snap and Check' di Jalan Kampung Kuala Roman Jeneri, Sik di sini. - Gambar hiasan
Pemandu lori maut dihempap paip: JKKP P. Pinang keluar notis pemberhentian kerja pemunggahan
JKKP Pulau Pinang juga telah mengarahkan majikan menjalankan siasatan dalaman untuk mengenal pasti punca kejadian.
Ribuan penunjuk perasaan Israel tentang Netanyahu
Peserta tunjuk perasaan menuduh Netanyahu meneruskan peperangan untuk terus berkuasa.
Tentera Ukraine tembak jatuh pesawat pejuang Rusia
Zelenskyy berkata Moscow tidak mempunyai keinginan untuk berdamai dan mereka hanya boleh dipaksa meninggalkan Ukraine.
Tentera Ukraine tembak jatuh pesawat pejuang Rusia
Tentera Ukraine menembak jatuh pesawat pejuang pengebom SU-25 Rusia di wilayah Donetsk di timur Ukraine pada Sabtu kata presidennya, Volodymyr Zelenskiy.
Panama bersedia untuk pemilihan Presiden
Panama bersedia untuk pilihan raya Presiden di tengah-tengah krisis politik yang dihangatkan dengan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan memerintah.
Penunjuk perasaan pro Palestin ditahan polis Virginia
Polis menahan beberapa penunjuk perasaan di Universiti Virginia pada Sabtu semasa puluhan pelajar menduduki perkhemahan pro-Palestin di kampus selepas menyifatkan perhimpunan itu sebagai menyalahi undang-undang.
Hampir 100% sedia, TH tunggu kt pertama 9 Mei ini
Ikuti perkongsian Editor Astro AWANI yang juga petugas media musim haji 1445H/2024H mengenai persediaan Lembaga Tabung Haji (TH) menjelang ketibaan KT pertama jemaah haji Malaysia di Madinah pada 9 Mei ini.
Banjir luar biasa landa Afrika Timur
Kawasan di Ethiopia, Kenya dan Tanzania yang biasanya gersang serta dilanda kemarau mengalami taburan hujan luar biasa.
Isteriku ternyata lelaki, terbongkar selepas 12 hari menikah
Adinda kini telah ditahan pihak polis selepas laporan dibuat oleh keluarga AK.
Selesai di Kedah, PM meriahkan pula Rumah Terbuka Aidilfitri di Pulau Pinang
Sejurus selesai Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI peringkat Kedah di Jitra, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terus bergegas ke Pulau Pinang bagi menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Persatuan Khalifah Jelutong malam tadi.
Pekan Sik, kawasan sekitar dilanda banjir kilat
Hujan mula turun jam 4 petang berlarutan sehingga jam 7 malam tadi mengakibatkan Pekan Sik dan Kampung Banggol Kiat dinaiki air.
200kg ketum sarat dalam Alza dirampas
Cubaan dua lelaki seludup keluar 200 kg daun ketum tidak berjaya selepas ditahan polis dalam operasi 'Snap and Check' di Jalan Kampung Kuala Roman Jeneri, Sik.