awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isteriku ternyata lelaki, terbongkar selepas 12 hari menikah

Sinar Harian
Sinar Harian
05/05/2024
02:15 MYT
Isteriku ternyata lelaki, terbongkar selepas 12 hari menikah
Gambar perkahwinan pasangan berkenaan. - Foto Detik.Com
CIANJUR: Hati suami mana tidak hancur luluh apabila mengetahui isteri yang dikahwini rupa-rupanya adalah seorang lelaki.
Portal Detik.Com melaporkan pembongkaran berlaku setelah 12 hari pasangan itu melangsungkan perkahwinan.
Lelaki yang dikenali sebagai Adinda Kanza berjaya mengaburi mata AK, 26, pemuda yang berasal dari Kampung Wangunjaya, Daerah Naringgul, Cianjur hingga mereka disatukan baru-baru ini.
AK pada awalnya sama sekali tidak menyangka Adinda bahawa seorang lelaki meskipun mereka telah menjadi pasangan kekasih selama setahun.
Sehinggalah, selepas mereka berkahwin apabila Adinda menunjukkan sikap yang mencurigakan termasuk menolak untuk melakukan hubungan badan, selain tidak suka bergaul dengan keluarga AK dan masyarakat setempat.
Menurut polis setempat yang melakukan siasatan menjelaskan, jika diperhatikan Adinda tidak ubah seperti perempuan, apatah lagi apabila setiap kali keluar rumah dia mengenakan pakaian wanita yang lengkap.
"Apatah lagi apabila dia mengenakan solek memang mirip wanita, jika diperhatikan daripada foto pernikahan mereka juga terlihat seperti wanita, suaranya juga lembut, jadi langsung tidak menimbulkan keraguan bahawa dia adalah lelaki," kata Kanit Reskrim Polsek Naringgul Bripka Ridwan Taupik pada Sabtu.
Adinda kini telah ditahan pihak polis selepas laporan dibuat oleh keluarga AK.
Terdahulu, disebabkan rasa ingin tahu keluarga AK turut melakukan siasatan dengan pergi sendiri ke rumah keluarga Adinda di Ciadun.
Kenyataan sebenar terbongkar setelah ayah Adinda mengatakan bahawa anaknya itu adalah seorang lelaki.
"Keluarga AK sangat terkejut dengan fakta itu, sebab semasa mereka dinikahkan Adinda mengatakan bahawa ayahnya hilang, hingga mereka dinikahkan oleh wali hakim.
"Setelah itu keluarga AK, mendapatkan Adinda hinggalah dia mengakui bahawa dia sebenarnya adalah seorang lelaki," kata Kanit lagi. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#perkahwinan
#lelaki
#isteri
#Adinda Kanza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan