Sebanyak 30 syarikat di Selangor mengalami kerugian besar akibat krisis bekalan air awal tahun ini, kata Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Menurutnya, maklumat daripada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menunjukkan syarikat yang terlibat termasuk Nestle yang mengalami kerugian RM15 juta sehari dan Monin Asia (RM112 juta sebulan) manakala Panasonic terpaksa melepaskan tempahan bernilai RM40 juta.
Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat hari ini ketika menjawab soalan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad (BN-Kuala Kangsar) yang ingin tahu impak krisis air di Selangor terhadap kewangan serta ekonomi negara.
Mahdzir berkata kerugian besar juga dialami beberapa industri seperti industri memproses makanan dan minuman, getah, kimia/oleokimia, elektrik dan elektronik, pelancongan serta industri kecil dan sederhana.
"Ada kilang terpaksa membatalkan tempahan malah ada yang terpaksa mengalih operasi buat sementara waktu ke kawasan lain termasuk di luar negara," katanya.
Mahdzir berkata krisis bekalan air telah menyebabkan pengagihan air berjadual dilaksanakan selama kira-kira tiga bulan bermula Mac lepas.
Beliau berkata berkata krisis bekalan air di Lembah Klang sejak 2012 juga mengakibatkan kelulusan bagi 855 permohonan kebenaran merancang terpaksa ditangguhkan.
"Banyak projek pembangunan tidak dapat dilaksanakan mengikut rancangan pelabur di Selangor dan Kuala Lumpur," katanya.
Beliau bagaimanapun menjangkakan keadaan akan pulih menjelang 2017 apabila siap projek Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2.
Projek Langat 2 yang tertangguh sejak 2008 diteruskan hujung April lepas selepas Kerajaan Selangor bersetuju mengeluarkan kebenaran selepas perjanjian persefahaman ditandatangani antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan pada 26 Feb lepas.
Bernama
Mon Nov 10 2014
Mahdzir berkata krisis bekalan air telah menyebabkan pengagihan air berjadual dilaksanakan selama kira-kira tiga bulan bermula Mac lepas. - Foto Fail
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
30 syarikat di Selangor rugi besar akibat krisis air - Mahdzir
Sebanyak 30 syarikat di Selangor mengalami kerugian besar akibat krisis bekalan air awal tahun ini, kata Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid.