Kementerian Kesihatan menganggarkan 73 peratus penyebab kematian rakyat Malaysia adalah disebabkan penyakit tidak berjangkit.
Timbalan Pengarah Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Dr Omar Mihat berkata penyakit tidak berjangkit seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan jantung mempunyai kaitan rapat dengan cara hidup tidak sihat masyarakat sejak usia remaja.
"Ia termasuk tabiat merokok, cara pemakanan tidak sihat dan kurang bersenam yang menjadi budaya sepanjang kehidupan dan selalunya sukar diubah.
"Penyakit tidak berjangkit juga dikesan dihidapi mereka yang berusia muda setiap tahun," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Kesihatan Remaja Kebangsaan di sini, hari ini.
Turut hadir, Pengerusi Persatuan Kesihatan Remaja Malaysia (MAAH) Dr Maimon Alias dan Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan Datuk Ahmad Razin Ahmad Maher.
Dr Omar berkata, berdasarkan kajian terhadap 25,507 orang remaja di Malaysia pada 2012, kementerian mendapati hanya 22.8 peratus daripadanya aktif manakala 19.1 peratus mengalami berat badan berlebihan dan 7.9 peratus obesiti.
Sementara itu, Kaji Selidik Tembakau dan E-Rokok dalam Kalangan Remaja Malaysia (TECMA) pada 2016 menunjukkan peningkatan jumlah perokok dalam kalangan remaja kepada 15.2 peratus berbanding 11.2 peratus pada 2012.
"Lebih membimbangkan, daripada pemeriksaan pergigian yang dijalankan tahun lepas mendapati tabiat merokok dikesan dalam kalangan pelajar seawal sekolah rendah lagi," atanya.
Beliau berkata pelbagai program dan pendekatan perlu diambil secara holistik bagi memperkasa usaha sedia ada untuk meningkatkan kesedaran berhubung amalan cara hidup sihat dalam kalangan remaja.
Menurutnya usaha secara berterusan perlu dilakukan dengan pembabitan semua pihak termasuk Kementerian Pendidikan dan Kementerian Belia dan Sukan melalui program di peringkat sekolah.
Persekitaran dan budaya hidup sihat juga perlu diberi perhatian bagi menyediakan generasi masa depan yang sihat, sekali gus dapat membantu mengurangkan perbelanjaan kerajaan, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 06 2017
Penyakit tidak berjangkit seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan jantung mempunyai kaitan rapat dengan cara hidup tidak sihat sejak usia remaja. - Gambar hiasan/FreeImages
AirAsia terus sokong inisiatif FLYsiswa, permohonan baucar kini dibuka
Pelajar kini punya akses ke 47 laluan di seluruh rangkaian domestik AirAsia, menghubungkan Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan.
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura dapat tarik FDI daripada syarikat multinasional - Maybank IB
Johor mempunyai tenaga buruh yang kompetitif, tanah yang banyak dan sumber tenaga yang lebih murah.
UTM optimis pacu teknologi AI negara, lahir tenaga mahir
Inisiatif kolaboratif dengan institusi akademik lain dikenali sebagai Konsortium AI Malaysia turut diperkenal.
337 stesen pemancar 5G beroperasi di Pahang
Baki 24 struktur disasarkan untuk disiapkan menjelang penghujung suku kedua tahun ini sekali gus menepati sasaran liputan 5G di kawasan berpenduduk.
Dua dokumentari warisan Malaysia disenarai dalam MOWCAP
Dua dokumentari itu ialah At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah: Genealogical History of Kedah State dan The Royal Correspondence of Baginda Omar.
Ibu bapa berperanan penting dalam tumbesaran kanak-kanak
Beliau berkata pelbagai masalah mungkin timbul, sekiranya kanak-kanak tidak mendapat perhatian yang cukup daripada ibu bapa.
10 pekerja maut dalam letupan kilang mercun di India
Sekurang-kurangnya 10 pekerja termasuk enam daripadanya wanita terbunuh dalam letupan di kilang mercun berlesen di kampung Sengamalapatti di Sivakasi, Tamil Nadu, India.
Filipina gesa diplomat China diusir
Ia berhubung dakwaan kebocoran perbualan telefon dengan seorang pegawai tentera Filipina berhubung perbalahan di Laut China Selatan.
Astro Kem Badminton singgah di Johor Bahru
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
61 maut akibat strok haba di Thailand
Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan, kematian akibat strok haba di Thailand setakat tahun ini adalah 61 kes, lebih banyak daripada angka keseluruhan direkodkan tahun lalu.
Op Selamat 22 catat penurunan kes kemalangan, kematian
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata jumlah kes kemalangan menurun sebanyak 8,862 kes berbanding 8,989 kes pada tahun lepas.
Demam denggi: Tiga kematian direkodkan pada ME-13
Jumlah kes demam denggi yang dilaporkan adalah sebanyak 2,579 berbanding 3,041 kes pada minggu sebelumnya.
Pencen penakat bantu ringankan beban ibu tunggal besarkan anak
"Pencen yang diterima ini amat bermakna buat saya untuk meneruskan kehidupan membesarkan empat lagi anak yang masih bersekolah."
Demam denggi ragut 316 nyawa di Indonesia pada Februari
Sekurang-kurangnya 316 orang maut akibat demam denggi berdarah di Indonesia setakat Februari tahun ini, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dante Saksono Herbuwono.
Strok haba: Seorang masih dirawat di ICU, seorang di wad biasa - KKM
Sebanyak 28 kes berkaitan haba direkodkan Kementerian Kesihatan (KKM) sehingga semalam.
Polis nafi 10 kematian akibat magic mushroom di Kuala Selangor
Polis tidak menerima sebarang laporan berhubung kematian 10 remaja lelaki akibat menghisap rokok elektronik atau vape jenis 'magic mushroom' seperti dakwaan yang tular menerusi media sosial.
Angka kematian serangan pengganas di Rusia meningkat kepada 143 orang
Sekurang-kurangnya tiga lelaki berpakaian penyamaran memecah masuk ke dalam dewan, melepaskan tembakan berulang kali dan melontarkan bom.
Peningkatan ketibaan migran lonjakkan pertumbuhan populasi Australia
Pengambilan masuk migran di Australia meningkat dan mencapai rekod tertinggi, memacu kepada lonjakan pertumbuhan populasi di negara ini.
Kes denggi meningkat pada ME08, dua kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi meningkat kepada 3,572 kes pada Minggu Epidemiologi ke-08 (ME08) 2024 iaitu bagi tempoh 18 Feb hingga 24 Feb, berbanding 3,483 kes pada minggu sebelumnya.
Op Selamat 21: 44 kemalangan maut dalam tempoh tiga hari
Sebanyak 4,764 kes kemalangan jalan raya direkodkan di seluruh negara dalam tempoh tiga hari Op Selamat 21 Tahun Baharu Cina 2024.