Sejumlah 740 orang telah membida nombor pendaftaran kenderaan untuk negeri Perak, siri 'ALL' yang mula dibuka pada Khamis setakat pukul 4.30 petang.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak Severinus Tukah berkata kutipan bidaan tempahan bagi nombor pendaftaran siri itu melalui Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid) yang dibuka selama lima hari itu hampir mencecah sasaran pada hari pertama iaitu melebihi RM900,000.
"Jumlah kutipan ini melibatkan sebanyak 3,142 transaksi setakat petang ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Khamis.
Beliau berkata nombor pendaftaran ALL 1 semestinya mencatat bidaan tertinggi namun nilai bidaan tidak dapat dipastikan kerana bidaan akan sentiasa meningkat dari semasa ke semasa.
BACA: JPJeBid Perak buka bidaan nombor plat ALL Khamis ini
JPJ Perak membuka bidaan tempahan bagi nombor pendaftaran kenderaan siri ALL kepada orang awam bermula semalam hingga Isnin hadapan dan menyasarkan bidaan keseluruhan bagi siri itu melebihi RM1 juta melalui pelaksanaan kali pertama JPJeBid di negeri ini.
Sebelum ini, siri nombor pendaftaran yang lepas yang dibida secara manual iaitu AKU mengutip RM3.1 juta dan merupakan kutipan tertinggi bagi JPJ Perak setakat ini.
BACA: JPJ Kelantan kutip RM1.04 juta bidaan nombor pendaftaran DDP
Selain itu, nilai bidaan dan jualan bagi siri ALA pula merekodkan RM1.6 juta diikuti ALE sebanyak RM1.1juta.
Orang ramai yang berminat boleh membida nombor yang diminati dengan bayaran Fi Perkhidmatan sebanyak RM10 untuk mengakses sistem secara dalam talian menggunakan aplikasi JPJebid atau melalui portal https://jpjebid.jpj gov.my/ebid/.
BACA: Bidaan plat 'AKU BOSS' gagal cecah ratusan ribu, hanya laku RM74,000
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 20 2019
Seorang pengguna melihat laman sistem bidaan nombor pendaftaran kenderaan siri ALL yang mula dibuka pada Khamis. --fotoBERNAMA
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
Malaysia tidak lupa pengorbanan wira perang Australia dan New Zealand di Sandakan
Katanya, kenangan mengenai tawanan perang yang menderita ketika kejadian kawad maut yang terkenal itu terukir di Taman Peringatan Sandakan.
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
740 bida nombor pendaftaran kenderaan siri 'ALL' pada hari pertama
Kutipan bidaan tempahan bagi nombor pendaftaran siri itu melalui Sistem JPJeBid yang dibuka selama lima hari itu hampir mencecah sasaran pada hari pertama iaitu melebihi RM900,000.