Agrobank hari ini mengumumkan bahawa ia tidak akan mengenakan caj keuntungan tambahan ke atas pembiayaan untuk semua pelanggan individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang layak dalam tempoh moratorium automatik enam bulan.
Ini susulan pengumuman Bank Negara Malaysia (BNM) pada 30 April lepas, iaitu pembiayaan Islam dengan kadar tetap berkemungkinan dikenakan caj keuntungan tambahan selepas tempoh moratorium selama enam bulan yang berkuatkuasa 1 April hingga 30 September, 2020.
Penanggung Tugas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Khadijah Iskandar berkata, Agrobank komited untuk meringankan beban pelanggannya dalam masa sukar ini.
"Oleh itu, bagi pelanggan pembiayaan berkadar tetap Agrobank terutama pelanggan pembiayaan mikro, tidak akan ada sebarang perubahan dalam jumlah tertunggak dan keuntungan semasa yang perlu ditanggung oleh pelanggan kami," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pelanggan hanya perlu membayar jumlah pembayaran bulanan yang sama mulai Oktober 2020 dan seterusnya, namun tempoh pembiayaan akan dipanjangkan sehingga enam bulan lagi daripada tempoh pembiayaan asal.
Lanjutan itu bertujuan untuk menampung tempoh penangguhan enam bulan sepanjang moratorium automatik, katanya.
Agrobank berharap pengumuman ini dapat memberi lebih kelegaan kepada pelanggannya dan sekali gus membantu mereka menghadapi cabaran lain yang mungkin sedang dialami.
Khadijah berkata pandemik COVID-19 adalah satu keadaan yang tidak dijangkakan dan telah memberi kesan kepada perniagaan termasuk industri pertanian terutama bagi perniagaan kecil dan mikro.
"Justeru, langkah yang diambil ini akan memberi banyak kelebihan kepada pelanggan pembiayaan mikro kami. Agrobank komited untuk terus menyokong pelanggan kami dalam memperkukuh perniagaan mereka terutamanya pada masa sukar ini," katanya.
Agrobank turut menekankan penangguhan pembayaran masih secara automatik untuk pelanggannya dan tidak ada sebarang langkah tambahan yang perlu dilakukan untuk membolehkan pelanggan menikmati kemudahan moratorium automatik tersebut.
Agrobank berkata bagaimanapun, bagi pelanggan yang tidak mahu mengambil moratorium ini, mereka masih boleh memilih untuk berbuat demikian pada masa ini dengan mengisi borang di www.agrobank.com.my/no-mora dan meneruskan pembayaran berjadual mereka berdasarkan syarat perjanjian yang ada.
Dalam tempoh sukar ini, Agrobank terus peka dan mengambil berat mengenai keadaan pelanggannya.
Bagi pelanggan yang terjejas ekoran wabak COVID19, Agrobank menyediakan sesi bimbingan dan kaunseling untuk perniagaan mereka.
Bank itu berkata pelanggan boleh menghubungi [email protected] dan [email protected] untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 02 2020
Menurut Penanggung Tugas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Khadijah Iskandar, Agrobank komited untuk meringankan beban pelanggannya dalam masa sukar ini.
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
Kerajaan ambil pendekatan inklusif perkasa agenda pendigitalan - Muhyiddin
Ia menjamin kelangsungan ekonomi dan kesejahteraan hidup rakyat yang berdepan kesan ekonomi pandemik COVID-19 yang melanda dunia dan negara.