Mahkamah Tinggi di sini, hari ini diberitahu bahawa semua ahli lembaga pengarah SRC International Sdn Bhd membuat lawatan ke sebuah bank di Lugano, Switzerland untuk memastikan dana milik syarikat itu disimpan dengan selamat, pada September 2013.
Bekas ahli lembaga pengarah SRC, Tan Sri Ismee Ismail berkata seluruh ahli lembaga pengarah syarikat itu pergi ke ibu pejabat Bank BSI Limited, yang kini dikenali sebagai EFG International di Lugano, Switzerland untuk memastikan dana yang disimpan masih ada di bank.
Beliau berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Ishak Mohd Yusoff pada hari ke-21 perbicaraan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung penyelewengan dana SRC International berjumlah RM42 juta.
Ishak: Pada September 2013 (merujuk kepada minit SRC International untuk tahun itu), adakah Tan Sri pergi ke Switzerland?
Ismee: Ada. Semua ahli lembaga pengarah termasuk saya, Datuk Rashidi Che Omar, Datuk Suboh Mat Yassin, Nik Faisal Ariff Kamil.
Ishak: Adakah lawatan ini atas kebenaran pemegang saham?
Ismee: Ini adalah inisiatif yang dibuat oleh pihak pengurusan. Saya tidak maklum sekiranya ada persetujuan daripada pemegang saham atau tidak.
Ishak: Kenapa kena pergi?
Ismee: Kita perlu pergi kerana banyak isu berbangkit mengenai dana di Switzerland. Kita perlu mengkaji bank tersebut kerana sebelum ini pihak pengurusan hanya bercerita sahaja. Kami pergi untuk mendapatkan kepastian bahawa wang kami selamat di BSI Bank.
Ketika ditanya Ishak mengenai pihak pengurusan yang dimaksudkan, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji itu menjawab Nik Faisal Ariff Kamil selaku Ketua Pegawai Eksekutif SRC International.
Ishak: Jadi apa hasil lawatan Tan Sri ke bank itu?
Ismee: Secara peribadi saya berasa lega kerana BSI adalah bank yang besar.
Ishak: Mengapa penting untuk pastikan wang itu ada di BSI?
Ismee: Untuk pastikan wang masih di sana, sangat penting untuk kita pastikan perkara itu. Untuk memastikan dana kita masih di sana, dideposit dalam bank.
Ishak: Macam mana Tan Sri tahu wang itu benar-benar di sana?
Ismee: Mereka tidak tunjuk wang itu tetapi kami berjaya mengadakan pertemuan dengan beberapa pegawai paling kanan, saya rasa kami bertemu dengan presiden (bank berkenaan). Saya tak ingat nama mereka, mereka berikan penjelasan tentang operasi bank. Kami berasa lega kerana wang itu ada di sana.
Ketika dirujuk kepada satu minit mesyuarat yang menyebut sebahagian wang di Switzerland dibawa pulang pada sesi lawatan itu, saksi pendakwaan ke-39 itu berkata ia dibawa pulang kerana masih belum digunakan untuk pelaburan sepatutnya.
Katanya, antara bahagian wang yang dibawa pulang adalah dana yang masih belum dilaburkan untuk usahasama dengan syarikat pelaburan Abu Dhabi, Aabar Investments.
BACA: Letak jawatan tak setuju cara pengurusan kewangan syarikat - Saksi
Terdahulu, ketika ditanya Ishak mengenai siapa yang ditugaskan untuk merekod semua minit mesyuarat ahli lembaga pengarah SRC dari 2011 sehingga 2013, Ismee berkata ia disediakan oleh Terence Geh yang mewakili setiausaha syarikat SRC.
Ditanya mengenai minit mesyuarat ahli lembaga pengarah pada 2013, yang tidak mempunyai tandatangannya, selaku pengerusi mesyuarat itu, Ismee berkata beliau tidak tahu mengenai perkara itu.
"Lazimnya kesemua minit mesyuarat akan diserahkan kepada saya untuk ditandatangani namun minit yang dirujuk ketika ini (2013) tiada tandatangan saya. Bagaimanapun, saya hanya menyedari perkara itu semasa disoal siasat oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Tiada salinan yang ditandatangani."
Kepada soalan Ishak, sama ada beliau mengetahui di mana minit mesyuarat tahun 2013 yang ditandatanganinya, Ismee berkata: "saya tidak tahu dan tidak maklum".
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 10 2019
Menurut Ismee (gambar), antara bahagian wang yang dibawa pulang adalah dana yang masih belum dilaburkan untuk usahasama dengan syarikat pelaburan Abu Dhabi, Aabar Investments. -- fotoBERNAMA
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: PRK Kuala Kubu Baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thomas Cup: Zii Jia ketepikan 'kegoyahan' kem perseorangan lelaki negara
Lee Zii Jia tidak mahu terlalu memikirkan situasi kem perseorangan negara yang kurang mantap menjelang aksi pembukaan Kumpulan D saingan Piala Thomas 2024 berdepan Hong Kong, esok.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Sebutan rayuan pendakwaan terhadap Bung Moktar, isteri ditetapkan 29 Julai
Timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes hari ini dan beliau turut menetapkan pengurusan kes akhir pada 15 Julai.
AWANI 7:45 [26/04/2024] - Wajar tidak dijemput | UM jemput pensyarah Pro-Israel | Rumah terbuka di Kuala Kubu Bharu | Penamaan calon pada Sabtu
#AWANI745 malam ini bersama Irfan Faruqi;
1. PM sindir pensyarah Amerika jemputan UM berkualiti rendah
2. Mahasiswa boikot kuliah, jika VC UM membisu
3. Bersih dakwa Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor bercanggah Akta Kesalahan Pilihan Raya
4. SPR selesai persiapan proses penamaan calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu
1. PM sindir pensyarah Amerika jemputan UM berkualiti rendah
2. Mahasiswa boikot kuliah, jika VC UM membisu
3. Bersih dakwa Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor bercanggah Akta Kesalahan Pilihan Raya
4. SPR selesai persiapan proses penamaan calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu
Freedom Flotilla to Gaza: NGO Malaysia gesa kerajaan mohon kebenaran Republik Guinea-Bissau guna bendera
Kumpulan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dari Malaysia menggesa kerajaan untuk membantu memudahkan misi pelayaran misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza.
Jangan pilih merengek, sebaliknya berunding bantu rakyat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menempelak pendirian pemimpin yang memilih merengek dan mencaci usaha kerajaan membantu semua kaum, yang hanya merugikan rakyat.
Misi menamatkan kemarau Piala Thomas di Chengdu diteruskan
Menang besar atau balik, itu situasi menanti pasukan badminton lelaki negara yang berhasrat untuk mengukir nama mereka dalam sejarah.
Pulau khas untuk eSukan akan dibina di Abu Dhabi
Akhir sekali GG Resort juga akan dibina di pulau yang dibina oi a
Siri Asian Le Mans: Agong zahir ucapan tahniah kemenangan sulung Tunku Panglima Johor
Yang di-Pertuan menzahirkan ucapan tahniah kepada Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim atas kemenangan sulung dalam perlumbaan siri Asian Le Mans di Abu Dhabi.
Raja Permaisuri Agong berkenan lawat General Women's Union di Abu Dhabi
Baginda turut diraikan dalam satu majlis sempena sambutan Hari Kesatuan Emiriah Arab Bersatu (UAE) kali ke-52 anjuran GWU.
WIEF ke-14 di Abu Dhabi beri tumpuan kepada masa depan mampan
Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) edisi ke-14, yang akan berlangsung tiga hari dari 6 hingga 8 Februari 2024.
WIEF ke-14 boleh jadi platform pamer ekonomi MADANI kepada dunia Islam
WIEF di Abu Dhabi dijangka menarik 3,000 peserta global dari 80 negara, dengan 50 pemimpin korporat dijangka mengambil bahagian.
'Palestin, kami bersama anda!' - Islam Makhachev kekal kejuaraan, enggan rai kemenangan di UFC
Makhachev, 31, selaku juara lightweight UFC, menumpaskan Volkanovski menerusi 'knock out' pada minit 3:06 pusingan pertama.
PM Anwar lawat bandar Masdar di Abu Dhabi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melawat Bandar Masdar di Abu Dhabi pada Jumaat, yang terkenal sebagai bandar lestari terancang pertama di dunia.
Agong berangkat mengunjungi Presiden UAE
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat mengunjungi Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan di Qasr Al Bahr, Abu Dhabi.
IPIC, Aabar PJS setuju bayar AS$1.8 bilion kepada MoF Inc
Susulan penyelesaian ini, Malaysia dan Abu Dhabi berharap untuk terus bekerjasama demi kemakmuran dan manfaat ekonomi kedua-dua negara.
Agong berangkat ke Abu Dhabi, UAE untuk lawatan khas
Pesawat khas membawa Seri Paduka dan delegasi mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi pada 3.15 petang waktu tempatan.