Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah hari ini membidas pembangkang yang mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak berasaskan fahaman politik.
"Siapa kata mereka (pembangkang) sahaja yang disiasat dan dikenakan tindakan kerana siasatan juga turut dilakukan terhadap bekas Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad.
"Jadi tidak timbul dakwaan bahawa SPRM hanya mengenakan tindakan terhadap pihak pembangkang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program UMNO Bantu Rakyat 2.0 anjuran Biro Kebajikan UMNO Malaysia (BiKUM) di Pejabat Penghulu Mukim Tajar di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.
Pembangkang sebelum ini dilaporkan antara lain mendakwa SPRM bertindak atas dasar witch-hunt apabila hanya mengambil tindakan menyiasat dan menahan pihak yang bertentangan dengan kerajaan.
Ini susulan penahanan beberapa pemimpin parti pembangkang terutama daripada Parti Warisan Sabah berhubung siasatan penyelewengan dana untuk program rakyat luar bandar di Sabah yang disalurkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
--BERNAMA
Bernama
Fri Oct 20 2017
Ahmad Bashah membidas pembangkang yang mendakwa SPRM bertindak berasaskan fahaman politik.- Gambar Fail.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Ahmad Bashah tempelak pembangkang dakwa SPRM tidak telus
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah hari ini membidas pembangkang yang mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak berasaskan fahaman politik.
Penyokong bola sepak Kedah tolak 'salam perdamaian' Ahmad Bashah
Kata mereka, sudah terbukti, hanya rasa kecintaan atau 'passion' yang tinggi sahaja yang mampu membawa pasukan ke peringkat tertinggi.