awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akaun UMNO, parti politik dibekukan - Pasukan Petugas Khas 1MDB

Bernama
Bernama
29/06/2018
05:12 MYT
Akaun UMNO, parti politik dibekukan - Pasukan Petugas Khas 1MDB
Pasukan Petugas Khas 1MDB itu menyatakan bahawa akaun milik persatuan dan syarikat yang terlibat dalam siasatan kes berkenaan juga dibekukan.
Pasukan Petugas Khas 1MDB mengesahkan telah membekukan sejumlah akaun milik individu dan beberapa organisasi termasuk UMNO serta parti-parti politik yang dipercayai terlibat dengan penyelewengan dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Dalam kenyataannya hari ini, Pasukan Petugas Khas 1MDB itu menyatakan bahawa akaun milik persatuan dan syarikat yang terlibat dalam siasatan kes berkenaan juga dibekukan.
"Pasukan Petugas Khas 1MDB memberi jaminan bahawa siasatan dijalankan secara adil dan profesional serta mengikut undang-undang yang ditetapkan," kata pasukan itu.
BACA: Akaun beku: UMNO beri kerjasama sepenuhnya kepada SPRM
BACA: Ahli UMNO jangan gusar isu pembekuan akaun parti - Annuar Musa
Ia turut meminta semua supaya pihak memberi ruang kepada pihak berkuasa melaksanakan proses siasatan tersebut serta tidak membuat sebarang spekulasi dan mensensasikan kes berkenaan kerana dikhuatiri menjejaskan proses siasatan.
Pasukan petugas itu diketuai bersama oleh bekas Peguam Negara Tan Sri Gani Patail, bekas Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed yang kini Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC), Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Abdul Hamid Bador.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#1MDB
#Abdul Hamid Bador
#Abu Kassim Mohamed
#Gani Patail
#Malaysia
#politik
#SPRM
#UMNO
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan