Akta Perkhidmatan Bomba 1988 perlu dikaji agar memberi lebih perlindungan kepada anggota bomba dan aset yang digunakan semasa menjalankan tugas berat seperti insiden rusuhan yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman.
Menurut Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye, akta berkenaan perlu dikemas kini agar anggota bomba mendapat pembelaan sewajarnya.
“Ekoran kejadian yang berlaku baru-baru ini, saya rasa sudah tiba masanya JBPM dan juga Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengkaji Akta Bomba 1988 untuk melihat sejauh mana kelemahan untuk diperbaik supaya anggota bomba dapat perlindungan sewajarnya.
“Undang-undang itu dibuat pada tahun 1988 dan perlu dilihat dalam konteks sejauh mana aspek keselamatan anggota bomba dapat dipertingkatkan agar mendapat pembelaan yang lebih baik,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI, di sini, hari ini.
Dalam kejadian pada Isnin, seorang anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya cedera parah manakala jentera dinaiki dirosakkan kumpulan perusuh yang berhimpun di sekitar Kuil Maha Mariamman, Subang Jaya.
Laporan awal menyebut bahawa Muhammad Adib Mohd Kassim diserang ketika pasukan bomba dari balai terbabit tiba di lokasi untuk memadam kebakaran melibatkan sebuah kereta yang terletak di luar kuil.
Bagaimanapun, pada Rabu, Badan Bertindak Kuil Sri Maha Mariamman mendakwa Muhammad Adib cedera disebabkan kemalangan jalan raya ketika jentera bomba sedang mengundur.
Sementara itu, ketika ditanya tentang kesalahan apabila jentera bomba dirosakkan perusuh, Ketua Cawangan Pendakwaan JBPM Selangor Arief Fikri Yusof berkata Akta Bomba 1988 tidak melindungi aset yang digunakan.
“Bomba tidak boleh ambil sebarang tindakan. Tetapi polis boleh guna Akta Rusuhan dan ambil tindakan terhadap sesiapa yang didapati berada di lokasi rusuhan.
“Jika jelas siapa yang menganggu, caci, maki hamun pegawai bomba, kita boleh kenakan tindakan dalam Seksyen 51 Akta Perkhidmatan Bomba 1988 untuk pindaan 2018.
"Dan jika sabit kesalahan, boleh didenda RM50,000 serta penjara tidak lebih tiga tahun,” jelas beliau.
Afiezy Azaman
Wed Nov 28 2018
Lee Lam Thye berharap Akta Bomba 1988 dapat dikaji untuk pertingkat perlindungan kepada anggota bomba dan aset. -Gambar fail
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
Akta Bomba perlu dikaji untuk lindungi anggota, aset - Lee Lam Thye
Akta berkenaan perlu dikemas kini agar anggota bomba mendapat pembelaan sewajarnya.