Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima anugerah Darjah Kerabat Mahkota Brunei (D.K.M.B), iaitu bintang kebesaran tertinggi di negara itu yang dikurniakan oleh Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah.
Pengurniaan darjah kebesaran itu berlangsung pada Majlis Menghadap Sultan Brunei di Bilik Laila Kenchana, Istana Nurul Iman, di sini, hari ini.
Sultan Hassanal turut berkenan mengurniakan Darjah Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati (D.K) kepada Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Dalam istiadat itu juga, Yang di-Pertuan Agong berkenan mengurniakan anugerah Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N) kepada isteri Sultan Brunei, Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.
Penganugerahan darjah kebesaran itu mengimbau kembali detik sejarah, ketika Yang di-Pertuan Agong ketujuh Almarhum Sultan Ahmad Shah, ayahanda kepada Sultan Abdullah mengurniakan darjah kebesaran itu kepada Sultan Hassanal pada Oktober 1980.
Terdahulu, istiadat Sambutan Negara itu diadakan khas bagi menyambut kunjungan Seri Paduka ke Brunei, bagi Lawatan Negara selama tiga hari.
Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berangkat tiba di Bandar Seri Begawan semalam dan ia merupakan lawatan negara pertama Tuanku, sejak ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai lepas.
Pertemuan kedua-dua Ketua Utama negara itu bertujuan, mengukuhkan lagi hubungan diraja antara kedua-dua negara yang terjalin lebih tiga dekad lamanya.
Ketibaan Seri Paduka di Istana Nurul Iman bagi Istiadat Sambutan Negara kira-kira pukul 11 pagi, disambut Datuk Paduka Maharaja Lela Brunei Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Alauddin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Abu Bakar.
Perasmian istiadat itu dimulakan dengan lagu kebangsaan Malaysia 'Negaraku', dimainkan oleh kumpulan pancaragam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, diikuti lagu kebangsaan Negara Brunei Darussalam 'Allah Peliharakan Sultan'.
Sejurus itu, tembakan 21 das meriam dilepaskan.
Sultan Abdullah yang diiringi Sultan Hassanal, kemudiannya memeriksa barisan Kawalan Kehormat Tentera Darat Diraja Brunei terdiri daripada 110 anggota, yang diketuai Mejar Pengiran Md Razif Pengiran Idros.
Yang di-Pertuan Agong kemudiannya dijadual berangkat melawat Muzium Alat-Alat Kebesaran Regalia Diraja serta Kampong Ayer, yang merupakan sebahagian daripada atur cara rangka lawatan baginda.
Bernama
Mon Aug 19 2019
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima anugerah Darjah Kerabat Mahkota Brunei (D.K.M.B) yang dikurniakan oleh Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah. - Foto Bernama
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
'Saya tinggalkan satu mata dan satu telinga di Johor, jangan terkejut, saya tiba-tiba menjelma' - Agong
Sultan Ibrahim mengingatkan penduduk Johor bahawa Baginda akan senantiasa pulang ke Johor kerana itu adalah kampung Baginda.
Agong, Permaisuri zahir ucapan selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan.
#AgongKita: Sultan Ibrahim terima menghadap PM Anwar di Istana Negara
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Negara.
Anwar merafak sembah tahniah Sultan Ibrahim sebagai Agong ke-17
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.
Latihan ketenteraan bentuk jati diri, kewibawaan Sultan Ibrahim sebagai ketua utama negara
Latihan ketenteraan yang dijalani Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim telah membentuk jati diri dan kewibawaan tinggi dalam diri Seri Paduka Baginda.
Keberangkatan balik yang dinanti - MB Pahang
Penduduk Pahang sentiasa menghitung hari kepulangan Al-Sultan Abdullah ke bumi Tok Gajah kerana kasihnya Seri Paduka terhadap rakyat tidak dapat disembunyikan.
Yang di-Pertuan Agong sentiasa zahir ucapan terima kasih kepada juruterbang, anak kapal
Kapten Ahmad Najhan Mohd Jamil berkata Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah juga memiliki keperibadian sama.
Ribuan rakyat Pahang sambut keberangkatan balik Al-Sultan Abdullah, Tunku Azizah
Mereka yang datang dari serata daerah berkumpul di lokasi ditetapkan termasuk Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dibuka khusus kepada orang ramai.
#AgongKita: Demi penuhi hajat cucu, nenek gagahi datang rai kepulangan Al-Sultan Abdullah
#AgongKita: Demi penuhi hajat cucu, nenek gagahi datang rai kepulangan Al-Sultan Abdullah
PM Anwar menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong ke-16 dan Raja Permaisuri
Menerusi catatan di Facebook, Anwar turut mendoakan Seri Paduka berdua dan paduka-paduka anakanda serta seluruh kerabat diraja diberikan keafiatan.