Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Zon Maritim Kuala Perlis menahan sebuah bot nelayan milik seorang warganegara Thailand pagi Ahad kerana menceroboh dan memukat ketam tanpa kebenaran di kawasan perairan negara.
Pengarahnya, Komander Maritim Nurulazme Zakariah berkata bot itu ditahan di jarak 5.3 batu nautika dari pantai Sungai Baru pada kira-kira pukul 9.30 pagi.
"Pemeriksaan ke atas bot itu menemukan seorang tekong berusia 35 tahun serta 10 kilogram ikan campur. Bot berkenaan telah dibawa ke jeti Zon Maritim Kuala Perlis untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Beliau berkata tekong itu akan dibawa ke Mahkamah Kangar pada Isnin bagi mendapatkan perintah tahanan reman, dan kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985 kerana pencerobohan penangkapan ikan oleh vesel asing di perairan perikanan Malaysia.
Nurulazme seterusnya berkata orang ramai yang ingin menyampaikan laporan, aduan dan kecemasan di laut boleh terus menghubungi Maritim Malaysia dengan menelefon MERS 999, atau Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Kuala Perlis dengan menelefon 04-9851072 atau 04-9851162.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 29 2019
Pemeriksaan ke atas bot itu menemukan seorang tekong berusia 35 tahun serta 10 kilogram ikan campur. - Foto: Facebook APMM
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Elak bergantung pada sumber lain, kukuhkan literasi kewangan
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Sosial, Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr Norma Mansor, pendidikan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat juga perlu ditingkatkan agar rakyat Malaysia lebih peka terhadap keperluan merancang kewangan mereka.
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Pasaran: FBM KLCI naik 14% sejak awal tahun ini
Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin berkata beberapa pengumuman serta kemas kini projek semasa telah memberi kecenderungan positif kepada pasaran ketika ini.
Pesawat ringan lakukan pendaratan cemas di LTSAAS
Insiden melibatkan pesawat ringan jenis Diamond DA-42 dengan nombor pendaftaran N566CB dikendalikan Techstrait Ltd.
27 nelayan warga asing ceroboh perairan negara ditahan
Muhammad Suffi juga tidak menolak kemungkinan kesemua nelayan asing itu telah berada di laut lebih dua minggu berdasarkan hasil tangkapan sebanyak tiga tan ikan yang dirampas.
Tangkap ikan di persisiran pantai, juragan kapal pukat jerut ditahan
Operasi yang bermula pada jam 8.30 pagi itu disertai Pegawai Penyelaras, empat anggota polis dan dua anggota Jabatan Perikanan.