STESEN televisyen satelit pertama negara, Astro menyusun semula senarai nombor saluran di kesemua rangkaian platform termasuk Astro GO dan NJOI bagi memberikan pengalaman menonton yang lebih baik bermula 1 April ini.

Pelanggan Astro boleh mendapatkan nombor saluran baharu dengan hanya merujuk kepada nombor saluran HD tersebut dan menambah angka 20.

“Langkah mudah untuk mencari saluran HD/SD yang sama iaitu dengan hanya merujuk kepada nombor saluran HD tersebut dan menambah angka 20.

“Sebagai contoh, Astro Ria HD kini berada di saluran 104, manakala Astro Ria pula di saluran 124 (104 tambah 20 daripada Astro Ria HD),” kata Astro menerusi kenyataan pada Isnin.

Manakala, bagi HBO HD kini berada di saluran 411, sementara HBO pula di saluran 431 (411 tambah 20 daripada HBO).

Dalam pada itu, bagi pelanggan yang ingin mendapatkan senarai penuh kedudukan nombor saluran baharu, berikut cara mudah untuk diikuti:

* WhatsApp - WhatsApp ‘Hi’ ke +603 9543 3838 dan pilih menu untuk nombor saluran
baharu

* Layari laman sesawang - http://astro.com.my/new-number

* Saluran 100 - Senarai penuh nombor saluran baharu boleh didapati di saluran ini

Difahamkan, lebih 100 buah saluran dalam definisi tinggi (HD) akan disusun di kedudukan yang lebih awal untuk akses yang lebih mudah dan cepat.

Penyusunan semula kesemua nombor rangkaian saluran ini, bagaimanapun, tidak akan memberi kesan kepada pengalaman menonton.

Para pelanggan juga boleh menikmati rakaman program kegemaran masing-masing tanpa sebarang gangguan.

Untuk maklumat lanjut mengenai nombor saluran baharu, sila layari http://astro.com.my/new-number.

Terus berhibur bersama rancangan menarik di Astro, kekal tenang, duduk di rumah dan jangan keluar!

BACA: Tonton saluran komplimentari Astro kegemaran anda hingga 14 April