Malaysia akan menempatkan seorang atase kemanusiaan dan kebajikan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Bangladesh, bagi melaksanakan komitmen kerajaan membantu pelarian etnik Rohingya yang kini berada di kem-kem pelarian, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan Perdana Menteri berkata perkara itu akan dicadangkan kepada jemaah menteri pada mesyuarat Kabinet minggu hadapan supaya ia dapat dilakukan segera.
"Atase kemanusiaan ini akan kita tempatkan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka. Dengan adanya pegawai ini, ia akan membantu pejabat Suruhanjaya Tinggi untuk melakukan bukan hanya koordinasi tetapi pemantauan agar bantuan-bantuan sampai kepada sasaran dan dapat dirasai faedahnya oleh pelarian berkenaan," katanya di sini.
Ahmad Zahid berkata demikian kepada wartawan Malaysia pada akhir lawatan kerjanya selama dua hari ke Bangladesh sejak Ahad.
Ketika melawat Kem Pelarian Rohingya di Kutupalong, kira-kira 35 km dari sini pada Isnin, Ahmad Zahid berkata MKN akan bertindak menyelaraskan bantuan kemanusiaan yang mahu disalurkan kepada etnik Rohingya yang berada di kem-kem pelarian di Bangladesh.
"Ini bagi memastikan semua bantuan akan sampai kepada sasarannya selain memastikan jenis bantuan yang benar-benar diperlukan pelarian itu," katanya.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata dengan komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Kementerian Luar akan dapat melakukan pelantikan secara pentadbiran dengan segera dan beliau yakin perkara itu boleh dilaksanakan dalam tempoh 30 hari.
"Semoga ini dapat beri gambaran dan terjemahkan komitmen kerajaan terhadap permasalahan pelarian Rohingya di Bangladesh. Ini kali pertama kita akan tempatkan atase kemanusiaan dan kebajikan," katanya sambil menambah walaupun tidak pernah timbul isu sumbangan pelarian tidak sampai kepada penerima, adalah baik untuk pemantauan sentiasa dilakukan.
Sementara itu, katanya, beliau akan berbincang dengan Perdana Menteri berkenaan pelaksanaan peranan MKN sebagai penyelaras semua bantuan untuk pelarian Rohingya dan seterusnya membawanya kepada jemaah menteri.
"Ia meliputi bantuan yang datang daripada kerajaan termasuk pembinaan hospital medan yang akan dibina Kementerian Pertahanan, Kementerian Kesihatan dan Kor Perubatan Angkatan Tentera Malaysia.
"Juga kerjasama dengan media yang kumpulkan bantuan untuk disalurkan melalui usaha MKN bagi diagihkan kepada NGO (pertubuhan bukan kerajaan) Malaysia yang bergerak di Bangladesh dan kepada badan-badan kebajikan lain yang prihatin dengan kebajkan orang Rohingya," katanya.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada NGO Malaysia yang berada di Bangladesh yang sedang bergerak di beberapa lokasi pelarian Rohingya.
Sebelum sidang media itu, Ahmad Zahid menyampaikan bantuan sebanyak enam juta Taka (RM309,000) kepada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dan dua juta Taka (RM103,000) kepada Mercy Malaysia, bagi meneruskan usaha membantu pelarian Rohingya.
Krisis kemanusiaan semakin memuncak di wilayah Rakhine, Myanmar apabila ramai etnik Rohingya melarikan diri ke Bangladesh setiap hari dan semakin banyak kem pelarian diwujudkan.
Jumlah sebenar pelarian tidak dapat dipastikan tetapi ada banyak pihak mendakwa ia melebihi sejuta orang.
Untuk rekod, hanya terdapat dua kem rasmi bagi pelarian Rohingya iaitu Kutupalong dan Nayapara tetapi ada berpuluh-puluh lagi kem sementara yang diwujudkan oleh pelarian sendiri dan jumlah itu bertambah dari hari ke hari.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 17 2017
Zahid akan mencadangkan kepada jemaah menteri untuk menempatkan atase kemanusiaan di Bangladesh. - Foto fail Bernama.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialaj Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu ditutup
Pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) ditutup tepat pada pukul 10 pagi selepas dibuka 9 pagi ini.
Atase kemanusiaan ditempatkan di Bangladesh bantu pelarian - TPM
Malaysia akan menempatkan seorang atase kemanusiaan dan kebajikan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Bangladesh.