Bahasa Melayu perlu kembali dipercayai menjadi bahasa ilmu dan pengetahuan agar istilahnya kekal segar seiring kemunculan istilah dalam pelbagai bidang antaranya ekonomi, politik, undang-undang termasuk bidang digital dan teknologi.
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata semua pihak seperti badan dan agensi dari dalam dan luar negara perlu terus memainkan peranan bagi membudayakan, memartabatkan, memasyarakatkan dan mengantarabangsakan Bahasa Melayu.
"Sebar luaskanlah usaha-usaha yang mengangkat bahasa rasmi negara ini. Biar ia kembali lahar dan gempita," katanya ketika berucap merasmikan Malam Kemuncak Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri (PABM) 2019 di Kampus Sultan Azlan Shah Proton City, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini, malam tadi.
Turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching, Naib Canselor UPSI Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran dan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar Dr Abdul Aziz Bari.
Terdahulu, Mohammad Shatar dalam ucapannya berkata Bahasa Melayu wajar mendapat pengiktirafan bukan sahaja di peringkat Asia Tenggara tetapi juga di setiap pelosok dunia merangkumi Asia, Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Amerika Syarikat.
Sebanyak tiga kategori dipertandingkan dalam PABM iaitu kategori Alam Melayu, kategori Pelajar Antarabangsa di Malaysia, dan kategori Antarabangsa.
Bagi kategori Alam Melayu ia dimenangi Amirul Iqmal Razlan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), manakala juara kategori pelajar Antarabangsa di Malaysia menjadi milik Moustapha Koutoub Sano yang merupakan penuntut UIAM dari Guinea, sementara Qurbanov Ozad Nurmuhammad Ugli dari Uzbekistan State University of World Languages, dinobatkan pemenang kategori Antarabangsa.
Sementara itu, Sano berkata beliau yang telah berada di Malaysia selama 10 tahun berasa gembira dan bersyukur kerana memenangi pertandingan ini.
"Saya gembira ramai cikgu-cikgu dan rakan-rakan banyak tolong saya. Saya hanya mengambil masa sebulan untuk berlatih dan tidak menyangka boleh menang pertandingan ini," katanya yang berusia 22 tahun.
Pemenang tempat pertama bagi setiap kategori menerima RM10,000, piala pusingan, piala iringan dan sijil penyertaan manakala tempat kedua dan ketiga bagi setiap kategori membawa pulang RM8,000 dan RM5,000 serta piala iringan dan sijil penyertaan
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 29 2019
Maszlee ketika merasmikan Malam Kemuncak Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri 2019 di Universiti Pendidikan Sultan Idris malam tadi. Turut kelihatan, Teo (dua, kiri) dan Abdul Aziz. -- fotoBERNAMA
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Bahasa Melayu perlu kembali dipercayai - Maszlee
Semua pihak seperti badan dan agensi dari dalam dan luar negara perlu terus memainkan peranan bagi membudayakan, memartabatkan, memasyarakatkan dan mengantarabangsakan Bahasa Melayu.