Potongan cukai bagi sukuk di bawah prinsip Ijarah dan Wakalah dicadangkan untuk dilanjutkan bagi tempoh tiga tahun lagi bermula tahun taksiran 2016 sehingga 2018.

Dalam pembentangan Bajet 2016 hari ini, kerajaan mencadangkan insentif sama turut diberikan kepada perbelanjaan penerbitan sukuk di bawah prinsip Mudharabah, Musyarakah, Istisna', Murabahah dan Bai Bithaman Ajil berasaskan tawarruq yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia bagi tahun taksiran 2003 sehingga 2015.

Langkah sama turut digunapakai bagi penerbitan sukuk yang mematuhi ciri-ciri Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (SRI).

Kerajaan turut mencadangkan lanjutan potongan dua kali atau potongan tambahan bagi penerbitan bon runcit dan sukuk runcit dilanjutkan bagi tempoh tiga tahun lagi untuk menggalakkan lebih banyak penyertaan pelabur, khususnya pelabur individu dalam pasaran modal.

Insentif itu termasuk potongan dua kali bagi kos tambahan penerbitan bon runcit dan potongan tambahan bagi kos tambahan penerbitan sukuk runcit menggunakan prinsip Ijarah dan Wakalah.

Kerajaan juga mencadangkan pemberian potongan dua kali bagi kos penerbitan sukuk runcit yang menggunakan prinsip Mudharabah, Musyarakah, Istisna', Murabahah dan Bai' Bithaman Ajil berasaskan tawarruq.

Layanan cukai semasa yang akan tamat pada akhir tahun ini, termasuk potongan dua kali bagi kos terbitan tambahan bon runcit dan potongan tambahan bagi kos terbitan tambahan sukuk runcit