Sebanyak 14 sekolah rendah di Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri ditutup esok akibat banjir.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dari Angkatan Pertahanan Awam (APM) Mejar Ismail Mahedin hari ini berkata penutupan sekolah berkenaan melibatkan 1,232 murid.

Sekolah yang ditutup ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Balai, SK Kuala Sigu, SK Genaan, SK Bukit Mawang, SK Kuala Binyo, SK Long Sobeng, SK Kuala Bok, SK Long Luyang, SK Ulu Segan, SK Sg Anak, SK St Dunstan, SK St Swithun, SK Long Jegan dan SK Long Teran Kanan, katanya di sini, malam ini.

Sebanyak lapan sekolah iaitu SK Ng Penyarai, SK Sungai Bong, SK Pengarah Enteri, SK Long Teru, SK Sungai Seputi, SK Sungai Kelabit, SK Kampung Bulau dan SK Rumah Ranggong masih dibuka walaupun terjejas akibat banjir.

Setakat ini, tiada pusat pemindahan dibuka atau penduduk dipindahkan. -- BERNAMA