Semua agensi pengurusan bencana kini telah bersiap siaga sepenuhnya berdepan gelombang kedua bencana banjir yang semakin meruncing terutama di negeri Pantai Timur.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kesiapsiagaan itu termasuk melengkapkan senarai semak bantuan dan mobilisasi aset di semua negeri yang dilanda banjir.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negara berkata, secara skala dari 1 hingga 10, beliau meletakkan kesiapsiagaan semua agensi pengurusan bencana pada skala 10.
"Koordinasi itu dilakukan bukan hanya berkala tetapi secara berstruktur kerana kami telah keluarkan senarai semak kepada agensi-agensi terlibat.
"Kita kita telah bahagikan kerja dan kawasan yang bertanggungjawab terhadap semua agensi.
"Selain itu, aset-aset juga telah siap siaga di tempat berkenaan dan kita akan terus mobilisasikan semua aset-aset berkenaan," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.
Tambah beliau, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim telah pun berada di Kelantan dan Terengganu untuk memantau proses pemindahan dan saluran bantuan.
BACA: Jumlah mangsa banjir Kelantan melebihi 10,000

BACA: Seorang kanak-kanak dan remaja korban banjir di Pantai Timur

BACA: Petugas JKM turut jadi mangsa banjir


Malah, amaran awal yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) telah membantu koordinasi bantuan dan pemindahan dengan lebih efisyen terutama mengelakkan daripada kemudaratan yang lebih serius.