PADA 2 Julai 2018, seramai 13 menteri Kabinet dan 23 timbalan menteri mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara.

Berlangsung di Balairong Seri, istiadat itu disaksikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Tiga belas menteri yang mengangkat sumpah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan menteri dalam Kabinet Dr Mahathir seramai 26 orang di mana 13 menteri terdahulu telah mengangkat sumpah pada 21 Mei lalu.

BACA: PKR mempunyai wakil paling ramai dalam Kabinet Malaysia

Barisan Kabinet Malaysia 2018 - Astro AWANI