Tutup

Bayi mati: Nur Najihah diperintah jalani pemeriksaan mental

Bayi mati: Nur Najihah diperintah jalani pemeriksaan mental
Nur Najihah, sebelum ini mengaku tidak bersalah menyebabkan kematian anak perempuan kandungnya Medina Sandra Mohd Saddly di sebuah rumah di Felda Neram 2, di sini pada pukul 11.30 pagi, 11 Sept lalu. - Gambar fail/Astro AWANI
KEMAMAN: Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan seorang wanita yang didakwa menyebabkan kematian bayinya berusia tiga bulan menjalani pemeriksaan psikiatri di Hospital Permai, Johor.

Hakim Azman Mustapha membuat keputusan tersebut terhadap Nur Najihah Zulkiflee, 27, mengikut Seksyen 342 Kanun Prosedur Jenayah bagi memantau kesihatan mental tertuduh.
Nur Najihah, sebelum ini mengaku tidak bersalah menyebabkan kematian anak perempuan kandungnya Medina Sandra Mohd Saddly di sebuah rumah di Felda Neram 2, di sini pada pukul 11.30 pagi, 11 Sept lalu.

BACA: Bayi tiga bulan maut, disyaki didera
BACA: Ibu bayi didera mungkin alami kemurungan - Polis

Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 309B Kanun Keseksaan (Akta 357) yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Azman menetapkan 14 Nov untuk sebutan kes.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Asyraf Minhad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

-- BERNAMA


Tag: mahkamah, jenayah, wanita, bayi, kesihatan, Mahkamah Sesyen, Hospital, mati, bayi mati, Kemaman, kesihatan mental



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.