Tempoh reman terhadap seorang wanita berhubung kes kematian anaknya yang berusia tiga bulan dilanjutkan selama tujuh hari lagi.

Perintah tahanan reman itu di keluarkan Majistret Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri bermula Rabu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, suspek yang berusia 27 tahun itu direman sehingga 25 September bagi membantu siasatan.

BACA: Ibu bayi didera mungkin alami kemurungan - Polis

BACA: Bayi tiga bulan maut, disyaki didera

Katanya siasatan dijalankan mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Rabu lalu seorang bayi perempuan berusia tiga bulan maut dipercayai didera dalam kejadian di Felda Neram, Kemaman.

Kejadian itu disedari bapa bayi berkenaan ketika pulang ke rumah berkenaan untuk menghantar makanan kepada isterinya kira-kira jam 10 pagi.


Sejurus selepas itu bayi berkenaan yang dikatakan dalam keadaan lemah itu dikejarkan ke Klinik Kesihatan Cheneh oleh bapanya kira-kira jam 11.30 pagi.

Pihak klinik telah berusaha menyelamatkan bayi itu dengan memberi bantuan kecemasan.

Bagaimanapun bayi berkenaan telah disahkan meninggal dunia sejurus selepas menerima rawatan oleh pegawai perubatan yang memeriksa bayi berkenaan.