Bazar Ramadan secara pandu lalu adalah tidak sesuai dilaksanakan di negeri Johor susulan penularan wabak COVID-19, titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Titah Baginda, pelaksanaannya dikhuatiri akan menyebabkan kesesakan jalan raya hingga membebankan tugas pasukan penguatkuasa.
“Saya bimbang jika dilaksanakan bazar Ramadan secara pandu lalu, akan timbul isu kesesakan jalan raya pula hingga membebankan lagi tugas pasukan penguatkuasa.
"Malah, amat sukar untuk menjamin tiada kemungkinan berlaku risiko kontak rapat dan jika timbul kluster baharu, bagaimana kita hendak mengawal virus ini?” titah Baginda yang dimuat naik di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Baginda turut meminta rakyat Johor supaya terus sabar dan tabah menghadapi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini memasuki fasa ketiga.
BACA: Bazar Ramadan: Hanya kaedah penghantaran e-hailing dibenarkan buat masa ini - Ismail Sabri
BACA: Getmakan bantu peniaga kecil tambah pendapatan
"Sabar itu separuh daripada iman. Tolonglah bersabar dan jangan ingkar perintah pergerakan. Pastikan anda hanya keluar jika ada sebab yang benar-benar memerlukan.
"Saya sendiri juga berkurung dan tidak ke mana-mana, jadi saya memahami rasa tidak senang kerana tidak dapat melakukan rutin harian seperti biasa," titah Baginda.
Terdahulu, baginda berkenan menerima mengadap Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani.
Hakim Rahman
Wed Apr 15 2020
Pelaksanaan Bazar Ramadan secara pandu lalu dibimbangi akan meningkatkan risiko jangkitan COVID19, titah Sultan Ibrahim. - Gambar fail BERNAMA
PRK Kuala Kubu Baharu: Isu akademik, Khairul Azhari mahu fokus pilihan raya
Calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut enggan mengulas kontroversi melibatkan kelayakan akademiknya yang tular.
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
KPJ Healthcare, Trustr bergabung untuk revolusi penjagaan kesihatan
Kolaborasi itu akan memfokuskan kepada memanfaatkan rangkaian kesihatan digital inovatif Trustr yang dipacu teknologi AI.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Kelantan benarkan bazar, Madinah Ramadan
Peniaga dan pelanggan bazar Ramadan serta peserta program Madinah Ramadan perlu mematuhi SOP yang ditetapkan.
Peniaga bazar harap dapat kembali berniaga minggu akhir Ramadan
Peniaga bazar Ramadan kampung Melayu, di Pulau Pinang yang diarah tutup selama tiga hari berharap dapat kembali berniaga.
Penganjur diingat baiki aspek kelonggaran pematuhan SOP Bazar Ramadan, Aidilfitri
Beliau juga mahu penganjur sentiasa peka kepada SOP dan tidak harus mengambil ringan sehingga ada tindakan daripada pihak berkuasa.
Bazar Ramadan: Selangor larang bawa kanak-kanak 12 tahun ke bawah
Perkara tersebut diputuskan setelah bermesyuarat bersama Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari pada Ahad berkenaan SOP di bazar Ramadan.
'Tiada siapa paksa beli, kalau rasa mahal masak sendiri'
Kebanyakan pengguna memberi pelbagai pandangan berkenaan perkongsian tersebut antaranya pemilik akaun Facebook, Nik Mohd Kamaruzaman yang kurang senang dengan tindakan individu yang menularkannya.
Tarawih, bazar kembali 'hiasi' Ramadan tahun ini, masjid, peniaga diingat patuh SOP
Ramadan kali ini kembali ceria bagi umat Islam apabila pergerakan rakyat yang terbatas tahun lalu akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggarkan tahun ini.
Bazar tidak akan dibuka di Johor buat masa ini
Keputusan itu adalah susulan persetujuan yang dicapai kerajaan negeri bersama semua PBT.
Keahlian cecah 65,000, BROSS bakal dijenama semula
Susulan sambutan yang cukup luar biasa BROSS bakal dijenamakan semula sebagai Bazar Rakyat Sarawakku Sayang.
Normal baharu: Bimbang lambakan stok, penjual songkok nekad jual dalam talian
Pengusaha Sinar Songkok Melayu, Mohd Fahirurazi Yahya berkata, lazimnya dalam tempoh setahun beliau mampu menjual 25,000 songkok.
Bazar online cabaran baharu peniaga di Kedah sepanjang PKP
Ramadan tahun ini membuka peluang baharu kepada peniaga untuk menjual barangan mereka walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).