Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Datuk Zahrah Abd Wahab Fenner dijangka dituduh esok di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berhubung beberapa kes rasuah.

Selain beliau, turut dituduh ialah anaknya, Abdul Azeez Wan Ruslan berkaitan tuduhan sama.

Perkara itu dimaklumkan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setelah mendapat izin mendakwa daripada pihak Peguam Negara.

Difahamkan, kedua-dua mereka telah dipanggil di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya pada pukul 2 petang Selasa bagi melengkapkan proses akhir siasatan dan juga pendakwaan.