MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 14 Julai 2020.
Kementerian Kesihatan memaklumkan terdapat pertambahan dua lagi kes positif COVID-19 yang dikesan dalam Kluster individu dalam siasatan (PUI) Novgorod.
Malaysia bersedia untuk membuat pembotolan vaksin COVID-19 sebaik sahaja vaksin itu ditemui, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Kementerian Kesihatan mengesahkan terdapat empat kes baharu positif jangkitan COVID-19 di negara ini pada Selasa. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di negara ini sebanyak 8,729 kes.
Malaysia Airlines Bhd memulakan fasa selanjutnya kempen 'Fly Confidently' di bawah Malaysia Aviation Group dengan memberikan kit kebersihan percuma kepada semua penumpang mulai semalam.
Sebanyak 28 bahan makanan kering yang dibekalkan di bawah Program Bekalan Makanan Bermasak (BMB) di 13 sekolah berasrama didapati tidak mempunyai tarikh luput dan telah luput tarikh guna sehingga 427 hari.
Moratorium bayaran balik pinjaman institusi kewangan di bawah pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) setakat 13 Julai, berjumlah RM55.2 bilion sejak dilaksanakan pada 1 April lalu.
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilakasanakan pada 18 Mac lepas, rakyat Malaysia mula mempraktikkan kelaziman baharu dalam kehidupan seharian.
Kementerian Kesihatan (KKM) mengalakkan orang ramai untuk memakai pelitup muka terutamanya di kawasan awam. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata KKM tiada perancaangan untuk menjadikannya mandatori.
Kerajaan kini membenarkan khemah tambahan dipasang untuk solat berjemaah di masjid. Bagaimanapun, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, kebenaran diberikan asalkan khemah berkenaan dalam perkarangan rumah ibadat itu.
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) akan meneliti dan memperhalusi Lesen Pemameran Filem (EF) bagi sektor pawagam pandu masuk seiring pengamalan normal baharu susulan pandemik COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami