Sebuah bilik Rakan Cegah Jenayah yang menempatkan kertas siasatan lama di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu terbakar malam tadi.
Insiden pada jam 10.15 malam Isnin itu memaksa polis memindahkan seramai 58 orang kena tuduh (OKT) termasuk tiga wanita ke Balai Polis Gong Badak.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Idris Abd Rafar berkata bilik yang terbakar terletak berhampiran lokap dan stor simpanan senjata.
“Setakat ini, saya sahkan tiada kertas siasatan yang terbakar dalam kejadian pada malam ini. Syukur alhamdulillah tiada kemalangan jiwa, stor senjata kita yang terletak berhampiran bilik yang terbakar juga selamat.
"OKT kita pun selamat cuma seorang OKT perempuan kita dibawa ke hospital kerana sesak nafas mungkin disebabkan asap," kata Idris.
Sementara itu, Komanden Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Terengganu, Mohd Izwan Hashim memaklumkan anggotanya berjaya mengawal kebakaran dalam tempoh 10 minit.
Pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.19 malam.
Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Astro Awani
Tue Apr 26 2016
Sebuah bilik Rakan Cegah Jenayah yang menempatkan kertas siasatan lama di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu terbakar malam tadi.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Peragut 'Lone Ranger' tewas selepas lapan jam meragut
Suspek yang berasal dari Chendering itu dipercayai aktif dalam kegiatan ragut sejak April lalu.
Mangsa banjir enggan pindah sukarkan operasi menyelamat
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu,ACP Idris Abd Rafar berkata sikap degil mereka itu menyukarkan pasukan penyelamat untuk melakukan operasi khususnya pada saat genting.
Nelayan selamat selepas seminggu hanyut di laut
Mereka yang berusia antara 26 hingga 30 tahun dan berasal dari Losong dan Batu Enam tiba di pangkalan jeti Losong kira-kira pukul 3 pagi tadi.
Penonton lumba haram boleh dikenakan tindakan - Polis
Polis tidak akan berkompromi dengan penunggang motosikal dan penonton yang berkumpul di sepanjang jalan untuk menyaksikan perlumbaan haram.
Polis Terengganu tumpas sindiket dadah
Polis percaya dapat melumpuhkan sindiket pengedaran dadah yang dijalankan kumpulan 'Geng Pasir Panjang'.